Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 325
Hari ini : 11.909
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 138 139 140 141 142 >  Last ›
kenur
bp benang kasar, tali
kenusantaraan
hal yg berkaitan dgn Nusantara: berpegang teguh pd asas kebersamaan utk mempertahankan sifat ~ yg asasi. 
kenya

Jw † anak dara, gadis, perawan

(kénya); berkenya sabung-menyabung (bkn kilat)

kenyal

1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik;

mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal;  

kekenyalan perihal (sifat) kenyal

kenyam; mengenyam
1. mengecap (masakan atau makanan); 2. merasai (kemewahan dll), menikmati
kenyamanan

perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; 

kenyang

1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) mendapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian;  

orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah;  

mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~. 

kenyap → kecap
kenyaringan
keadaan atau hal nyaring
kenyat

~-kenyit = ~-kenyut berdenyut-denyut, kemut-kemut

kenyataan
1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahu, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~ ; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; 
kenyek

Tr memicit, memenyekkan: beruk Pak Jalil sedang ~ kutu.  

kenyi, kenyih
Jk mudah mendapat (berasa) sakit
kenyir
ingin (hendak makan)
kenyit; mengenyit

mengelipkan mata atau mengangkat kening (sbg memberi isyarat): tetapi kalau berjumpa anak dara orang di tengah jalan, ~ mata pula;  

mengenyitkan mengelipkan: Ong senyum-senyum sambil ~ matanya kpd aku;  

terkenyit-kenyit terkelip-kelip: ~ mataku menelek di cermin kecil itu; mukanya merah, matanya ~;  

kenyitan kelipan, kedipan (mata): dgn ~ mata, Tuan Hess berisyarat kpd Encik Ramli.

kenyut; mengenyut

menghisap susu, menyusu;  

         kenyutan puting getah

keobjektifan
perihal objektif, objektiviti
keok I

(kéok) bunyi ayam ketika ditangkap atau kerana ketakutan;  

berkeok-keok, berkeokan berbunyi keok-keok (spt bunyi ayam ketika ditangkap): pd satu tengah malam, kami terkejut oleh bunyi bising ayam berkeokan di bawah rumah.  

keok II

(kéok) bp kalah, tewas

terkeok tertewas: yg ada, hanya asyik hendak makan saja sehingga lawan ~ langsung.  

keoknuman
 keperibadian
‹ First  < 138 139 140 141 142 >  Last ›