Ditemukan : 4220 Record
kepatuhan
perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama;
kepau
sj tumbuhan (palma), Pholidocarpus kingiana
kepaya
sj tumbuhan (pokok) dan buahnya (yg boleh dimakan), betik, papaya, Carica papaya;
langkas buah ~ (papaya) prb suatu perkara yg mustahil
kepayahan
1. perihal payah, kesukaran, kesusahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. menderita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~.
kepayang
sj tumbuhan (pokok) yg bijinya memabukkan, buah keluak, Pangium edule; mabuk ~ a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll);
~ air a) sj tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia); b) sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis; c) sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta; d) sj tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam; ~ ipil sj tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia capniocarpa; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata; umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan.
kepayat
ikan ~ sj ikan darat; → kepiat II
kepecahan
kepecong
(kepécong) Mn kesemutan, semutan, ular-ularan
kepecutan
kepantasan memecut;
kepedaran
perihal pedar, kekesalan hati, kepahitan
kepedasan
terasa sangat pedas
kepedihan
1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apabila lukanya dicuci; 3.kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~;
kepegawaian
perihal pegawai
kepejalan
perihal (keadaan) pejal;
kepek I (kepék) → kempek
kepek II
(kepék) Tr tidak mancung, kemek; hidung ~ pun orang pandang cantik juga.
kepekaan
perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti.
kepekatan
perihal pekat
kepelaga → kepulaga
kepelbagaian
perihal berbagai-bagai jenis, berlainan jenisnya: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;
|