Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.032
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 156 157 158 159 160 >  Last ›
keras II
~ tulang Jw sj tumbuhan (herba), manik, muni, rami hutan, sambau paya, sembau, sigueh putih, Chloranthus officinalis; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keminbing, kemiri, Aleurites moluccana; buah ~ laut sj tumbuhan (pokok), baru-baru, baru laut, waru, Thespesia populnea; bagai buah ~ di dalam sekul prb percakapan yg kelam-kabut.  
keras III
~ ekor sj ikan laut, Megalaspis cordyla
keras IV
keras-keras sj kuih
kerasaan
mendapat rasa, dapat dirasa; 
kerasan
Jw tahan (mendiami sesuatu tempat), betah: aku tidak ~ tinggal di sini.  
kerasionalan
sifat (keadaan) rasional: pengarang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud; 
kerasmian
perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; 
kerasukan
kemasukan (hantu, jin, dll)
kerasulan
perihal rasul (sifat, martabat, dll)
kerat I

1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilangannya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban;

berkerat; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (persaudaraan);  

mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikerat-keratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang;  

terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar;  

keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, penggalan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar

kerat II
bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras
kerat III
~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum
kerataan
perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; 
keratabasa

Jw † penjelasan (penerangan) erti perkataan dgn berdasarkan tafsiran atau huraian tentang bunyi atau suku kata yg terdapat pd perkataan itu

keratan

bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, penggalan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar

keratang → kertang III
keratau
sj tumbuhan (pokok dan buahnya); kertau
keratin
(kératin) (Bio) sj protein yg terdapat pd kuku, tanduk, sisik, dan lapisan luar kulit
kerating
sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (tongkat) ali, akar dedingin, akar restung, akar tanding, itah (ubi) besi, kelih, Smilax myosoti fiora
keraton
Jw istana raja: bahasa ~ bahasa istana
‹ First  < 156 157 158 159 160 >  Last ›