Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 1.241
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 157 158 159 160 161 >  Last ›
kerau I
bakul ~ sj bakul yg dianyam drpd bilah-bilah buluh
kerau II
Kd keras kerana belum masak betul (bkn buah)
kerawai I
sj tebuan (sarangnya dibuat drpd tanah)
kerawai II
sj tumbuhan (pokok menjalar yg daunnya dijadikan baja), Mucina pruriens
kerawak
tupai ~ sj tupai besar yg berbulu merah, Sciurus bicolor
kerawakan
keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel. 
kerawanan hati
perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, keharuan: ~ seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu pincang. 
kerawang

(ukiran, tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang: kanak-kanak perempuan hendak lah dilatih memilih warna dan membuat ~;

berkerawang berukir (bertenun, bertekat) dgn kerawang: kerisnya jalak jantan, ~ di pangkalnya;  

mengerawang membuat (menenun, menekat, mengukir) kerawang; ~ langit mengangan-angankan yg bukan-bukan, mengelamun

kerawat I
tali drpd kulit atau rotan (utk membebat beliung dll), simpai (tali) rotan; makan ~ sangat miskin
kerawat II
Kd kawat berduri
kerawit
~ bintil akar sj cacing yg merosakkan pokok; cacing ~ sj cacing halus (terdapat dlm perut), Enterobius vermicularis
kerayung
sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, kedaung, kedawang, Parkia javanica; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar iang-iang, akar yang-yang, Vitis hastata
kerbang
sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat tali), Artocarpus elastica
kerbat I; mengerbat
mengikat dgn membelit-belit; kebat I
kerbat II
sl sj pundi-pundi drpd kulit (utk diisi air); kirbat
kerbau I

sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; 

~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~ , dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~ , di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu;  

berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya

kerbau II
rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput ala negeri, rumput pahit, Paspalum conjugatum; rumput ~ derapah sj tumbuhan (pokok renek), kacang kayu betina, Desmodium heterocarpum (polycarpum)
kerbuk †; mengerbuk

menebuk, menggerek: nyiur dikerbuk tupai.  

kercap
~-kercip = ~-kercup bunyi orang mengecap masakan (makanan)
kercau I
bunyi spt bunyi orang bermain dlm air
‹ First  < 157 158 159 160 161 >  Last ›