Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.062
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 155 156 157 158 159 >  Last ›
keranjang
sj bakul besar yg dianyam kasar-kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~ ; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan.
keranji

1. sj tumbuhan (pokok), belangkan, kangkatung, katung(-katung), mengketai, Cynoptera polyandra; 2. sj tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, merlimau, Aglaia odoratissima; 3. = ~ burung (lotong, sakhlat, tembaga) sj tumbuhan (pokok), sepan kuran, Dialium platysepalum;

~ burung a) = ~ umbut sj tumbuhan (pokok), Dialium maingayi; b) = ~ beledu sj tumbuhan (pokok), Dialium patens; ~ papan sj tumbuhan (pokok), Dialium laurinum

keranta
sj kutu pd tubuh orang yg akan atau telah mati
kerantai

 1. sj tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggung, kedondong hutan, tengkorak lang, Agalia griffithii; 2. = ~ merah sj tumbuhan (pokok), gerunggan semut, Santiria laevigata;  

~ batu sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, telur belangkas, Santiria apiculata

keranting I
sj serangga, belalang ranting
keranting II

(akar) ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, Smilax barbata

kerantu

sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kemarahan, penarahan hitam, penerahan sanak, pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurina

kerantung
~ buluh sj alat bunyi-bunyian drpd buluh (dibunyikan dgn memukulnya), kentung-kentung, kentungan
keranyah

sisa (kelebihan) makanan; makan ~ gelojoh, pelahap

kerap I

1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~;  

mengerapi membuat (melakukan) berkali-kali atau berulang-ulang;  

mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap;  

kekerapan keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan

kerap II

~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok;kerup

kerap III
Kd mengipas: dia ~ nenek
kerapah; berkerapah

Kl bersepah-sepah, berkaparan, berserak-serak

kerapan

perlumbaan lembu (di Madura)

kerapian
perihal rapi: sajak itu dimaksudkan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; disusun bantal-bantal itu dgn penuh ~; 
kerapis
keropas-~ ; keropas
kerapu I

1. sj ikan laut, Cephalopholis pachycenton; 2. sj ikan laut, Epinaphalus pachycentron; 3. sj ikan laut, Serranus spp.;

~ bara sj ikan laut, a) Epinephelus fasciatus (Epinephelus miniatus; b) Plectropomus maculatus; c) Serranus miniatus; ~ batik sj ikan laut, Epinephelus chlorostigma; ~ batu sj ikan laut, Epinephelus guaya; ~ hitam = ~ kayu = ~ keling = ~ lumpursj ikan laut, Epinephelus tauvina

kerapu II; berkerapu

kasap, kesat; gerapu

kerapuhan
1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll); 
keras I

1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll); 

keras I   1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~ ; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~ ; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~ ; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~ ; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~ ; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~ ; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka;

~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah); tegar hati, mengotot; ~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll); 

~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya;

< 1. berkeras>tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa;

~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala;  

berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll);  

bersikeras berkeras, mengotot;  

mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras;  

mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeras-kerasan;  

mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya;  

memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat;  

terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit;  

kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan;  

pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll);  

pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll). 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan)

berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga.  

‹ First  < 155 156 157 158 159 >  Last ›