Ditemukan : 4220 Record
keruntul
bergantungan banyak-banyak atau bergugus-gugus (bkn buah-buahan), kerintil
keruntum
1. sj tumbuhan (pokok), pasir lingga, Tristania maingayi; 2. sj tumbuhan (pokok), pelawan, seluncur, Tristania subauriculata
keruntung
1. tabung(an); 2. Mn sj bakul yg dianyam dan diberi bertali (utk menyimpan ikan);
mengeruntungkan memasukkan ke dlm keruntung
kerunyut
Mn kedut, kerut;
berkerunyut berkedut(-kedut), kerepot, lisut (bkn kulit);
mengerunyutkan merenyukkan: dia ~ akhbar di tangannya;
terkerunyut gumal (bkn kain dll), renyuk, berkedut(-kedut);
kerunyutan keadaan kerunyut, kekedutan: tulang tua yg hanya dibaluti oleh kulit-kulit yg lembik, kendur penuh ~.
kerup
bunyi spt bunyi orang mengunyah makanan yg garing (spt keropok dll); kerap II
kerupawanan
kecantikan: ia menjadi pujaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya.
keruping
selaput kering pd kudis atau luka, keropeng;
pengerupingan pembentukan keruping kudis pd luka
kerusi
1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll);
~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang) ; ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar;
pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah.
kerusuhan
perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb);
kerusuhan hati perihal rusuh hati (kegelisahan).
kerusut
Kd, Pn kusut;
berkerusut dlm keadaan kusut.
kerut
(kérut); kerang-~ → kerang VI.
kerut I
1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut);
~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata);
berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~ ; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal; rambut yg berkerut(-kerut);
mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll);
mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll);
kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya.
kerut II
bunyi spt bunyi menggoreskan sesuatu yg tajam pd benda keras.
kerutak
Mn †; mengerutak menggigit (mengunyah) benda keras (spt tulang dll), mengerkah.
kerutan
perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya.
kerutis; mengerutis
Kl, Tr mengopek (mencubit, memecahkan) sesuatu sedikit-sedikit: ~ kuih; ~ keruping kudis.
kerutu
tidak halus dan licin (spt kulit katak dll), kasap;
mengerutu menjadi kasap atau kesat (kulit dll); → gerutu I.
kerutuk
Kl, Tr sj masakan yg dibuat drpd daging ayam bercampur rempah dan dimasak hingga kental (rupanya spt rendang).
kerutung; mengerutungi
mengerumuni, mengerubungi: ditunjukkan kemarahannya kpd orang ramai yg ~nya.
kerutup I
bunyi spt bunyi bertih digoreng atau daun basah dibakar.
|