Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 510
Hari ini : 11.815
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 180 181 182 183 184 >  Last ›
kesang III
Mn kering.
kesangatan
1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu.  
kesanggupan
1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berunding, maka ada harapan baik utk menyelesaikannya dgn damai; 2. kebolehan, kemampuan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu;
kesangka
sj periuk besar drpd tanah liat, belanga besar. 
kesangsang
Jw tersangkut.   
kesangsian
perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; 
kesantaian
keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan bebas drpd tekanan: setiap kali anak mahu berbual mesra dgn mereka, ini dianggap sbg gangguan terhadap ~ diri mereka itu.  
kesantunan
perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;  
kesap

~-kesip kedip-kedip, kelip-kelip (mata). 

kesarjanaan
1. pengetahuan dan kemampuan seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg berkaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkembangan dan ~ Melayu.  
kesarwajagatan
keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~. 
kesasaan
ketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh): bangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu.  
kesasar
Jw terikut jalan yang salah, salah jalan, tersesat: kecaman terbuka terhadap kehidupan moden di kota yg ~. 
kesasar, tersasar
terpesong (drpd arah atau landasan yg sewajarnya), tersesat (fikiran dll): oleh itu, yg salah harus dibetulkan, yg ~ hendaklah ditepatkan dan yg kurang perlu digenapkan; belut yg ~ di bawah permatang; anak ~ anak yg sudah rosak fikirannya.
kesat

1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2.  tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~ ; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya;  

~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimpingprb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb Mn sudah diselesaikan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan);  

mengesat 1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);  

pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan.  

kesateria

1. perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani;

kekesateriaan sifat-sifat kesateria, watak kesateria: pelajaran juga menyedarkan bangsawan feudal akan kebaikan perasaan belas kasihan dan ~; sateria.  

kesatuan
1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung.  
kesayangan
1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); 
kesayuan
perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu;  
kesebalan
perihal (perasaan dsb) sebal, kekesalan, kedongkolan: penulis muda berani meluahkan tuduhan dan sekali gus menyatakan ~ hati mereka secara terbuka;  
‹ First  < 180 181 182 183 184 >  Last ›