Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 363
Hari ini : 11.032
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 182 183 184 185 186 >  Last ›
kesejajaran
perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan;    
kesejarahan
perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu;    
kesejiwaan
perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata;  
kesejukan

1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~; 

kesek I

(késék); mengesek menggesek dgn sesuatu benda yg kesat; gesek.  

kesek II
 (késék) Tr cacat sebelah mata: mata dia ~ sejak lahir lagi.  
keseksualan
 1. ciri (sifat) atau peranan seks; 2. dorongan seks. 
kesekularan
keadaan sekular; 
kesel
Jw letih, penat. 
keselak

Jk tersedak, kesedakan.  

keselaluan

keadaan selalu, keseringan, kekerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar.  

selalu II Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam seluruhnya. 

selalu III terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya.

keselamatan
perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri;   
keselanjaran
perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan): ~ kerja; 
keselapan
1. hilang akal (ingatan) kerana marah dll; 2. kerasukan. 
keselarasan, kelarasan
perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; 
keselarian
  keadaan selari: ~ sinar itu; 
keseleo

(keseléo), keseliyoJk terseliuh, terpelecok, tergeliat (kaki dll), salah urat. 

keselesaan

perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; 

keselesaian
perihal selesai, keputusan; 
kesemarakan
keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan;
‹ First  < 182 183 184 185 186 >  Last ›