Ditemukan : 4220 Record
kesebatan
kecepatan, kepantasan.
kesebatian
perihal atau keadaan sebati;
kesebelasan
pasukan bola sepak dll (yg terdiri drpd 11 orang): pertandingan antara pasukan Polis dgn ~ Pulau Pinang.
keseberangan
1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang;
kesebuluan
perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;
kesed
(késéd) Jk = kesedan → keset.
kesedapan
perihal sedap, rasa sedap, keenakan, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur;
kesedaran
perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri;
kesederhanaan
perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~;
kesediaan
perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: mereka menampakkan ~ utk berjuang demi bangsa dan negara;
kesedihan
perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~;
kesefahaman
keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;
kesegakan
perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan.
kesegalaan
keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia.
keseganan
1. yg disegani (ditakutkan, dimalukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, kemalasan;
kesegaran
perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll), kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh;
kesegeraan
keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan.
keseimbangan
keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains;
kesejagatan
hal (keadaan, sifat) sejagat, keuniversalan : ~ Islam yg tidak membezakan asal-usul keturunan dan bangsa;
kesejahteraan
keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat.
|