Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 360
Hari ini : 10.303
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 185 186 187 188 189 >  Last ›
keserabutan

1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konvensional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan.  

keseragaman
perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna; 
keserakahan
perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga.  
keserangan
kesilauan.
keserantauan
perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; 
keserasian
perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); 
keserataan
perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; 
keserbasalahan
keadaan serba salah: pandangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika.  
keserempakan
perihal (keadaan) serempak, keserentakan.
keserentakan
perihal (keadaan) serentak.
keserian
keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya.    
kewangian
perihal wangi, bau wangi, keharuman;                                                     
kewangan
perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ kementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll;
kewalian
darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil;  
kewalahan
Jw  tidak terlawan (terkerjakan dll) kerana terlalu banyak; tidak berupaya (melakukan sesuatu): sasterawan nampaknya ~ memberi jawapan dan menghadapi fragmen-fragmen yg membanjiri hidup akhir-akhir ini.
kewajipan
1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;
kewajaran
perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian?
kewahaman
sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~. 
kewafatan
kematian (nabi, rasul): selepas ~ rasulullah, sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.  
keuzuran
perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya.. 
‹ First  < 185 186 187 188 189 >  Last ›