Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 411
Hari ini : 11.045
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 183 184 185 186 187 >  Last ›
kesemaran
gila berahi; asmara.  
kesembapan
keadaan sembap: bahan ini bertindak menyusutkan ~ supaya kulit di sekeliling mata lebih berseri.
kesemberonoan
1. perihal semberono (sembarangan); 2. kelalaian, kelengahan.   
kesembuhan

perihal sembuh; 

kesemenanjungan
keadaan yg menunjukkan ciri-ciri semenanjung: ciri-ciri ~. 
kesementaraan
perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran terhadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta.
kesemestaan

keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil.

semester (séméster) satu drpd dua sesi pengajian dlm sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah, dsb): ~ pertama; ~ kedua.  

kesempatan
kesempatan peluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil ~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera;
kesempitan
1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; 
kesempurnaan

perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat kebajikan;  

kesemputan
ki ketenatan: bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga pulih.  
kesenai
sj tumbuhan (pokok renek), mepai, Ficus rostrata.  
kesenakan, kesenak-senakan
menderita senak (perut, dada, perasaan, dll). 
kesenangan
perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.  
kesendalan
terkena curi (copet), kecurian: ~ aku oleh Jawa ini.
kesendatan
keadaan sendat.   
kesendirian
1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan;     
kesenduan

perihal sedih dan pilu: kpd siapakah lagi hendak dicurahkan kerinduan dan ~ hatinya?  

keseng

(késéng); terkeseng-keseng tersipu-sipu; kemalu-maluan: ia bangun dr terjatuh itu ~ menghadap orang yg melihatnya.  

kesengajaan
perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad.
‹ First  < 183 184 185 186 187 >  Last ›