Ditemukan : 4220 Record
kesenggangan
perihal senggang.
kesengitan
perihal sengit.
kesengsaraan
perihal sengsara: ibu kandungku telah mati dlm ~.
kesenian
perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yg tahu menikmati ~ alam.
keseniman
hal (sifat, ciri, dll) yg berkaitan dgn seniman.
kesenjaan
sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan.
kesenjangan
keadaan senjang, ketidakseimbangan, kelainan, perbezaan;
kesenjataan
perihal senjata;
kesensitifan
perihal (keadaan) sensitif, kepekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh.
kesentengan
perihal senteng.
kesentosaan
perihal sentosa, keamanan, kesejahteraan, ketenteraman: mereka menyanjung tinggi Presiden mereka yg telah memimpin negara mereka ke arah ~ itu.
kesentuhan
1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus;
kesenyapan
perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju;
keseorangan
terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian, dll: dia betul-betul ~ jauh dr segalanya;
kesep
(késép) tidak berbiji; → kesip I.
kesepadanan
keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya;
kesepaduan
telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020;
kesepakatan
perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu;
kesepian
1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecahkan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri;
keser
(késér) Kl, Tr; mengeser datang dgn perlahan-lahan (lambat-lambat), undur dgn perlahan-lahan;
terkeser-keser terhegeh-hegeh (berjalan dll).
|