Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 5.624
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 195 196 197 198 199 >  Last ›
ketakutan

1. perihal takut, rasa takut: : maka sekalian orang yg duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang besar-besar;  2. perasaan hormat dan malu, keseganan;  3. perasaan resah, kegelisahan, kekhuatiran;  4. dlm keadaan takut, menderita (menanggung) takut: : pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya;    

ketakwaan
perihal takwa. 
ketam I

tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; 

mengetam, mengetamkan mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat; 

pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. 

ketam II; mengetam

menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak;  

pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; 

pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. 

ketam III

sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll; 

berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak~; 

mengetam melicinkan kayu dgn ketam; 

pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. 

ketam IV

sj binatang, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit, Cancer spp.; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ batu, ~ galah, ~ kajang, ~ padang, ~ pasir, ~ renjung, ~ ukas, dll; ~ batu ki sangat kedekut (bakhil);  

~ menyuruh anaknya berjalan betul prb orang yg menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berlaku spt yg dinasihatinya; (kuat ikan kerana radai) kuat burung kerana sayap, kuat ~ kerana sepit prb kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya. 

ketamadunan
perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.
ketamakan
perihal tamak, kehalobaan. 
ketambak
sj ikan laut, bawal tambak, Pampus chinensis.
ketampanan
perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu.
ketampi
tumbuk ~sj burung, burung hantu, Ketupa zeylonensis leschenault.        
ketamuan
kedatangan tamu.
ketan
(beras) pulut, Oryza sativa.
ketandusan
perihal tandus, ketiadaan sama sekali: Dilema Melayu ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa.
ketang I

tegang, erat (bkn ikatan tali atau lilitan tali pinggang), ketat atau sempit (bkn pakaian). 

ketang II
sj ikan laut, kendang, Scatophagus argus; ~ lada sj ikan laut, Siganidae.  
ketang III
~ tanduk sj tumbuhan (pokok renek), pakau jantan, segombang paya, seriyan putih, setebal paya, susuh ayam, Kibara cartacea.  
ketangguhan
kekuatan, kekukuhan, keteguhan, keuletan.
ketanggungan
sl apa yg ditanggung, tanggungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;
ketangkapan
perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan;  
‹ First  < 195 196 197 198 199 >  Last ›