Ditemukan : 4220 Record
ketawakalan
keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah.
ketawaran
perihal tawar;
ketaya I
sj obor (suluh) yg dibuat drpd buluh dan dibubuh damar pd hujungnya (utk dibakar).
ketaya II
Mn tali (drpd rotan yg berpilin) yg diikatkan pd leher lembu dll dan pd bom pedati.
ketayap I
kopiah (songkok) putih: Imam Dolah membuka ~nya sambil menggaru kepala; ~ cendawan bahagian atas cendawan (yg mengembang lebar);
berketayap memakai ketayap: lelaki penjual buah yg ~ putih itu tersenyum hambar.
ketayap II
kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum yg didadar dan digulung dgn inti di dalamnya.
keteduhan
1. perihal teduh, keredaan, ketenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula.
ketegakan
perihal tegak, kedudukan;
ketegangan
1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari.
ketegapan
perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll).
ketegar
~ hati tidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala.
ketegaran
kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat.
ketegasan
1. perihal tegas, kejelasan, ketetapan: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus
keteguhan
perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu
ketegukan
tersedak, kesedakan; deguk.
keteguran
1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. † termenung-menung kerana bingung dll, terkasima.
ketek
(keték) Jw kera, monyet.
ketek I
(kéték) Jk ketiak;
mengeteki menggeletek (mengilik-ngilik) ketiak, menggelikan (dgn mengusik-usik ketiak).
ketek II
(kéték) Mn kecil.
ketek III
(kéték) Tr 1. kancing, butang baju; 2. mencuri: tidak baik ~ hak orang, berdosa!
|