Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.848
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 196 197 198 199 200 >  Last ›
ketangkasan
perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapan: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka.  
ketap; mengetap, mengetapkan
mengatupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan mengetap-ngetapkan giginya.  
ketapak
tapak, alas, batu alas tiang, dll: disuruhnya membuat ~ di pintu istana.
ketapakan
~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli;
ketapang
1. sj tumbuhan (pokok), bijinya menghasilkan minyak utk dibuat ubat, lingtak, Terminalia catappa; 2. sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru laut, Guertarda speciosa.  
ketapi
sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kecapi, Sandoricum nervosum.
ketapik
sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago maingayi.  
ketar I

~ gegar (kenaling) Kl gentar, sangat takut;  

terketar-ketar menggeletar, gementar (kerana takut dll), menggigil: dia kelihatan ~ kerana ketakutan.  

ketar II
rasa pahit bercampur pedas (spt getir). 
ketara

nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; kentara.  

ketarap

sj ikan laut, Callyodon ghobban.

ketat

1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn perkataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawalan, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata;

mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai;  

memperketat menjadikan lebih ketat (ikatan tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat;  

keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa;  

pengetatan perihal (perbuatan) mengetatkan; 

pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat).  

ketatabahasaan
(hal) yg berkaitan dgn tatabahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~.
ketatanegaraan
hal yg berkaitan dgn tatanegara (spt politik dll).
ketataprajaan
perihal pentadbiran negara. 
ketaton

Jw luka, tercedera; spt banting ~ mengamuk dgn hebat.

ketauhidan
yg berkaitan dgn tauhid, tauhidiah; ilmu ~ ilmu tauhid. 
ketawa
tawa; 
ketawa I → tawa.
ketawa II
~ udang sj tumbuhan (pokok) katak (keretak, otak) udang, pauh hutan (pipit), rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessifolia.  
‹ First  < 196 197 198 199 200 >  Last ›