Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.342
Hari ini : 18.132
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
kacung II
budak laki-laki, awang; ~ koran Id budak penjual akhbar
kacung III
Kl kecek, tipu, helah, muslihat
kad
keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kreditkad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) kad yg dilayangkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll)
kadal
Jw sj binatang reptilia, bengkarung, mengkarung
kadam I
Ar tapak kaki; ke bawah ~ ke bawah duli
kadam II
Mn tempat sirih
kadang I

kadang-kadang, terkadang, terkadang-kadang   kadangkala, sekali-sekali, adakalanya: bulan puasa tidak selalu 30 hari, ~ hanya 29 hari. 

kadang II
Mn; mengadang; ~ nasi membuang air nasi yg sedang dimasak (supaya lekas masak); terlampau dikadang mentah prb kerana terlalu sangat hendak diperelok, hasilnya menjadi buruk (kurang elok)
kadang III
Jw; ~ kedayan (kadayan) sl kaum kerabat raja dll yg menjadi pengiring
kadangkala
adakalanya, kadang-kadang, sekali-sekali
kadar I

 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemampuannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubungannya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank dr 6% kepada 8% utk menarik simpanan asing; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga;  

sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkancuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya;  

sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja;  

berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; 

perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil.  

kadar II
Jw; mengadar tidur di luar rumah
kadar III
kain ~ kain yg ditenun sendiri
kadas
Jw penyakit kurap
kadaster
IB pejabat tanah
kadbod
kertas yg tebal dan keras yg digunakan utk membuat kotak dsb
kademat khidmat
kader
1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang
kadera
1. kerusi; 2. tandu, usungan
kadet I (kadét)
pelajar di maktab tentera yg dilatih utk menjadi pegawai tentera, calon pegawai (dlm pentadbiran dll)
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›