Ditemukan : 4220 Record
ketertiban
1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian;
keterukan
keadaan teruk.
keterumbang-ambingan
keadaan yg terumbang-ambing: malah mereka sendiri menghadapi krisis ~ budaya dan krisis identiti;
ketes
(ketés) Id titis (air dll), titik (air);
mengetesi menitiskan atau menitikkan (air) pd.
ketetapan
1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia;
~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll);
ketetel
(ketétél) melompat-lompat dan tidak ligat putaran atau pusingannya (gasing); ekonomi ~ ekonomi yg tidak stabil atau tidak tetap keadaannya.
keteter
(ketétér) Jk 1. tertinggal jauh di belakang, jauh ketinggalan; 2. hampir kalah.
ketewasan
1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.
keti I
sl seratus ribu: ada dua ~ rakyat Jawa yg pergi itu;
berketi-keti beratus-ratus ribu.
keti II
anak ~ sj bola drpd kayu.
keti III; keti-keti
sj lebah kecil.
keti IV
Mn; mengeti menimbang (berat sesuatu); → kati I.
ketiadaan
1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang.
ketiak
bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya;
~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perintah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri.
ketiak II
1. sj tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, Acronychia laurifilia; 2. sj tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, Acronychia porteri.
ketial
1. sangat ketat atau kuat melekat (tidak mudah tercabut); 2. susah hendak bergerak (kerana gemuk dll): tok imam memang ~ orangnya, hendak beralih duduk pun susah.
ketiap
sj perahu yg digunakan di sungai.
ketiar
bp ikhtiar.
ketiau
1. sj tumbuhan (pokok), getah sundih, melawis, nyatuh balam, nyatuh perca, Madhuca sericea; minyak ~ minyak yg diperoleh drpd biji pokok ketiau; 2. sj tumbuhan (pokok), nyatuh babi (kaku, paya), Palaquium xanthocymum.
ketibaan
perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya.
|