Ditemukan : 4220 Record
keterbalikan
perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanak-kanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;
keterbatasan
perihal (keadaan dsb) terbatas: dlm ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yg menarik perhatian saya; ~ ruang utk pelakon bergerak; ~ pengetahuan; ~ kefahaman orang awam;
keterbelakangan
perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia;
keterbiaran
keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~;
keterbiasaan
perihal (keadaan) terbiasa;
keterdahuluan
perihal terdahulu: ~ Allah atas alam;
keterbukaan
perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kpd apa sahaja pengaruh (unsur, ransangan, dll);
keterdesakan
keadaan (perihal) terdesak): ~ boleh membawa kesan dlm proses membuat keputusan;
keterdorongan
keadaan (perihal) terdorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi;
ketereh
(ketéréh) Kl, Tr pokok (buah) gajus, Anacardium occidantale.
ketergantungan
keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga.
ketergesa-gesaan
keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~;
keterhadan
perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia;
keterharuan
keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll;
keterikatan
perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan;
ketering
cincin ~ cincin yg permatanya boleh ditanggalkan.
keterjalan
perihal terjal: ~ lereng gunung itu mengerikan.
keterjaminan
keadaan terjamin: utk memastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh;
keterjunan
perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan;
keterkaitan
keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera;
|