Ditemukan : 4220 Record
ketidakselesaan
keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu.
ketidakseronokan
perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok.
ketidaksesuaian
perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini;
ketidaksetaraan
perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang);
ketidaksinambungan
perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan (tidak berterusan dsb).
ketidaksiuman
keadaan tidak siuman.
ketidakstabilan
perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia;
ketidaksuburan
keadaan tidak subur;
ketidaktaatan
keadaan tidak taat oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur.
ketidaktentuan
perihal (keadaan dsb) yang tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam;
ketidaktuntasan
keadaan yg tidak tuntas.
ketidakupayaan
perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik.
ketidakwarasan
perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).
ketidakyakinan
perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.
ketiding
Mn sj bakul besar drpd rotan (tempat menyimpan beras).
ketidur-tiduran
selalu mengantuk (hendak tidur);
ketiduran
1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur;
ketiga
yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera;
ketiga-tiga
~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), kesemua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk;
ketik I
bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll);
juru ~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip;
berketik 1. berbunyi spt bunyi mesin taip dll; 2. Kl bersuara; tidak ~ tidak bersuara (kerana takut dll);
mengetik 1. berbunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); 2. menjentik, mengetis, menyentil (dgn jari); 3. menaip: ~ surat;
ketikan hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan.
|