Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 373
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 205 206 207 208 209 >  Last ›
ketik II
kaki serangga (belalang, cengkerik, dll) yg panjang; ketis II.  
ketik III
Kl; mengetik 1. mencuri (benda-benda yg tidak seberapa harganya); 2. memagut atau menggigit (bkn ular, lipan, dll). 
ketika I

waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya;  

seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkut-pautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik;  

berketika 1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan.  

ketika II
bintang ~ bintang tujuh kartika.  
ketikan

hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan.

ketil; seketil

secubit, segentel, sejemput;  

berketil-ketil bergentel-gentel, berbutir kecil-kecil;  

mengetil 1. memotong (menghiris) sedikit; 2. mengerip, mengunggis; 3. mencubit: anak itu menangis terjerit-jerit kerana diketil ibunya;  

ketilan hasil mengetil, getilan, cubitan.  

ketilang
burung nilam; kutilang.
ketimaha
Jk sj tumbuhan (pokok yg kayunya digunakan utk membuat hulu dan sarung keris dll), temahai, timaha, timanga, Kleinhovia hospita; katimaha.
ketimbir
Kl, Tr tembel (pd mata).
ketimbul

Jk sj tumbuhan (pokok dan buahnya) kulur, sukun, Artocarpus communis.

ketimbung I

bunyi air ditepuk;  

berketimbung, berketimbungan bermain dlm air sambil menepuk-nepuk air (hingga berbunyi mengikut sesuatu rentak), kecimpung. 

ketimbung II
sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, nasi sejuk, pokok sedang, serapat, Salacia flavescens.  
ketimpung → ketimbung I.
ketimun
Jw mentimun. 
ketimuran
yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat(budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia. 
ketindihan

1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; 

keting

bahagian kaki di belakang buku lali; urat ~ urat pd keting;  

mengeting 1. sl memotong (memutuskan) urat keting (sbg hukuman); 2. menendang keting seseorang.

ketinggalan
1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kemajuan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentulah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya;
ketinggian
1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduknya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu diletakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ~; 
ketingting
sj permainan lompat-lompat (oleh kanak-kanak), tinting, ciak tinting. 
‹ First  < 205 206 207 208 209 >  Last ›