Ditemukan : 4220 Record
kanggaru
sj binatang maun yg terdapat di Australia yg mempunyai dua kaki belakang yg panjang dan bergerak dgn melompat, Macropus spp
kangjeng
Jw paduka tuan (gelaran kpd orang yg berkedudukan tinggi)
kangka
ladang gambir; pangkalan ~ pangkalan tempat menghimpun gambir utk diangkut (dimuatkan) ke dlm perahu
kangkang I
1. = celah ~ celah di antara dua pangkal paha, kelangkang; 2. ruang (yg luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yg terbuka luas (tidak dirapatkan): lunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan; 3. bahagian seluar di antara dua paha pd bawah punggung, pesak; ~ kera = se~ kera ki (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas;
mengangkang 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi;
mengangkangi berdiri dgn mengangkang di atas sesuatu;
mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dll) luas-luas;
terkangkang terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dll): dia duduk ~ di atas tong susu; pintu itu dibiarkannya ~.
kangkang II
Jk; mengangkangi menguasai (mengambil) milik orang dgn tidak sah
kangkung I
sj tumbuhan (herba yg hidup di air dan dibuat sayur), Ipomoea reptans;
~ bulu sj tumbuhan (herba yg melilit), selepat tungau, Ipomoea triloba; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat) akar cabang limah, akar papan, Vitis lanceolata; (akar) ~ laut sj tumbuhan (pokok memanjat) keledek hutan, akar lanar, Ipomoea digitata; ~ puteri sj tumbuhan (herba air) akar keman hantu, keman gajah, Neptunia prostrata;
merayap-rayap spt ~ di ulak jamban prb a) cepat bertambah besar (kanak-kanak dll); b) cepat berkembang biak
kangkung II
sj katak yg besar
kangmas
kangsa
1. perunggu; 2. Mn tin; → gangsa I
kangsar I
sj tumbuhan (pokok), bebaru, cung kuman, kapas-kapas, tutuk, tutur, Hibiscus floccosus
kangsar II
beladang ~ sj keridik
kangsin
C pengacau, penghasut
kani
akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meranang, akar toko takal, ara lumut, Croton caudatum
kaniaya
Jw aniaya
kanibal
1. manusia yg memakan daging manusia; 2. binatang yg memakan jenisnya sendiri
kanibalisme
1. amalan (tabiat, perbuatan) manusia memakan daging manusia: mereka juga dikatakan suka berpindah-randah dan mengamalkan cara hidup ~; 2. kekejaman yg tidak berperikemanusiaan
kanigara
sj tumbuhan (herba dan bunganya), bunga matahari, Helianthus annuus
kanisah
Ar tempat sembahyang orang Yahudi
kanjal
terbantut (kerana tersekat dll)
kanjang; berkanjang
bertekun dan bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu)
|