Ditemukan : 4220 Record
karier
kerja atau profesion yg menjadi kegiatan berpanjangan seseorang dlm hidupnya, kerjaya: bidang penterjemahan itu sendiri dapat dijadikan ~.
karies
kerosakan atau keadaan busuk pd gigi dan tulang
karih; mengarih
mengacau, mengarau, mengaduk: ~ nasi
karikatur
gambar, ajukan suara, perangai, dll seseorang yg menekankan ciri-ciri tertentu utk berjenaka
karil
sj arnab
karim I
Ar murah hati; Al-K~ Yg Maha Pemurah (Allah); ya ~ ya Allah yg Maha Pemurah
karim II
sj ikan darat, Trichopsis vittatus
karing
sj ikan darat, kawan, Labiobarbus tambra; garing
karipap
sj kuih yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum dan intinya drpd ubi kentang dan daging yg bercampur rempah
karisma
kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan;
berkarisma mempunyai karisma: John diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yg paling ~ dlm sejarah.
karismatik
berkarisma, menunjukkan karisma
karkas
ayam cakar ayam (tulisan yg buruk)
karkausar → kalikausar
karkun
sl kerani, jurutulis
karma
1. semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: tak seorang pun yg terlepas drpd ~nya.
karna
bp kerana
karnival
1. pesta besar-besaran biasanya disertai oleh perarakan, acara meriah, dsb; 2. pesta ria bergerak
karnivor
(Bio) haiwan (spt harimau) yg memakan daging sbg sumber makanan utamanya, maging
karok
Tr sarang labah-labah, sawang
karombol
Id sj permainan bola sodok
|