Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 229
Hari ini : 9.902
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 32 33 34 35 36 >  Last ›
karun
orang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg terpendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat keuntungan besar dgn tidak bekerja susah-susah
karung

sumpit besar drpd kain yg kasar dan agak tebal;  

berkarung-karung beberapa karung (sbg ukuran banyaknya sesuatu): beras diangkut orang ~. 

karunia → kurnia
karut I

1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); 

mengarut  1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan;  

kekarutan  perihal karut, kekacauan (kekalutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~. 

karut II
parut
karut III
ubi ~ ubi garut, ararut
karya

1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ ecerankarya yg diterbitkan secara satu-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku);  

berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; 

perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran;  

pengkaryaan penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran;  

pengkarya orang yg berkarya atau menghasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita.  

karyaneka

(karyanéka) agensi atau pusat pemasaran barang-barang buatan tangan

karyawan
penghasil karya, pencipta; ~ tamu tokoh karyawan (biasanya sudah bersara) dlm sesuatu bidang yg diberi penghargaan (dgn segala kemudahan) oleh badan tertentu utk menghasilkan karya baru (spt buku, kamus, dll)
kas I
IB 1. tempat menyimpan wang; ~ negara perbendaharaan negara; 2. wang yg ada tersedia (pd pertubuhan, pejabat, dll); 3. tempat utk membayar (menerima) wang: aku pergi ke bahagian ~ lalu membayar seribu.  
kas II
IB 1. peti kayu (utk mengisi barang-barang yg hendak dikirim); 2. bingkai dan tutup arlogi (jam saku atau jam tangan), tempat pesawat arlogi dll
kasa I
kain ~ kain yg halus dan jarang tenunannya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~; ~ dawai= kawat ~ Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan)
kasa II
sl angkasa
kasa III
Id tempat membayar (menerima) wang; kas I  
kasab

benang emas (perak): sulaman suji atau ~ ini begitu popular.  

Ar maksud, niat, tujuan: ~ saya datang ini sekadar hendak berjumpa sahaja;  

mengasadkansl memaksudkan, meniatkan: akan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal drpd ibunya sudah kenalah yg dikasadkan.  

kasah I → kasa I
kasah II
sl sj tikar rotan, lampit
kasah III
sj tumbuhan (pokok), dlm famili Sterculiaceae, Pterygota horsfieldii
kasai I

1. sj bau-bauan yg dipakai utk mencuci rambut; 2. sj bedak basah yg wangi (utk menggosok dan mengharumkan kulit badan); 

berkasai bergosok dgn menggunakan kasai

kasai II

1. sj tumbuhan (pokok), Amoora spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), asam kuang, Pometia pinnata; 3. = ~ bukit sj tumbuhan (pokok) tatai, Pometia alnifolia;  

~ bukit sj tumbuhan (pokok), medang berbulu, kasip bukit, redan, Aglaia cordata; ~ paya sj tumbuhan (pokok), cikeh, kulim burung, pasak lingga, Aphanamixis polystachya; ~ talang (sumatera) kasai bukit; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasip hutan, kulim burung, malau, Dysoxylon excelsu

‹ First  < 32 33 34 35 36 >  Last ›