Ditemukan : 4220 Record
kasai III
sj ikan laut;
~ janggut sj ikan laut, Setipinna taty; ~ minyak sj ikan laut, Thryssa mystax.
kasak
~-kisik (kusut) bisik-bisik, desas-desus
kasam
Mn dendam, musuh; melepaskan ~ melepaskan dendam; kesam
kasang
Mn kering; → kesang III
kasanova
lelaki yg suka memikat dan memperdaya perempuan
kasap I
kesat, tidak licin (spt daun empelas dll)
kasap II
pengurus makanan dll di kapal
kasap III
~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), cempening, labu-labu, Clerodendron villosum
kasar
1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~;2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan-santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ketertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg berwujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg dilakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul;
berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya;
mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu;
mengasarkan menjadikan kasar;
memperkasar menjadikan lebih kasar;
kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu.
kasasi
Id (Udg) pembatalan sesuatu hukuman oleh mahkamah yg lebih tinggi
kasatmata
Jw nyata, jelas, maujud
kasau
kayu yg melintang pd atap (bumbung) rumah dll (utk memasang atap);
~ betina kasau yg kecil; ~ jantan kasau dasar yg lebih besar (tempat kasau betina dipasang)
kasbuk
Id, bp buku tunai
kasdu
Jw sudi, suka (mahu) akan
kasein
(Kim) protein yg dimendakkan drpd susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu
kasemek → kesmak
kasep
(kasép) terlambat; → kasip
kaserin
kaserol
(kasérol) sj bekas (bertutup yg dibuat drpd kaca, tanah liat, dsb) yg tahan haba (digunakan utk memasak dan menghidangkan makanan yg dimasak)
kaset
(kasét) sj alat yg mengandungi pita utk merakamkan bunyi (suara dsb) atau memperdengarkan sesuatu rakaman (dgn alat tertentu)
|