Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 177
Hari ini : 8.837
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›
kasi I

bp 1. beri, bagi; 2. membuat supaya; kasih III

kasi II

sl kembiri, kasim: ayam ~; 

mengasi mengembiri, mengasim: kucingnya dikasi;  

pengasian perbuatan (kerja) mengasi

kasi III
sj tumbuhan (pokok), cenarahan, lidah mara, pendarah, tampoi, Ouratea hookeri; bunga ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Maesa indica
kasi IV; kasi-kasi
sj ikan laut, Thrissocles baelama
kasid
Ar  utusan, suruhan
kasih I

1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta);  

~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya; 

kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan; 

berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu;  

berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala;  

mengasihi menaruh kasih akan (pd), menyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya;  

kekasihan rasa cinta (sayang); 

pengasihan perihal mengasihi; 

berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusap-usap rambutnya;  

kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; 

pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicarikannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang;  

perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita.

 
kasih II; kasihan

 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; 

kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia;  

mengasihani menaruh belas kasihan pd (seseorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri.

kasih III = mengasih

bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. membiarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia;  

pengasih pemberian, hadiah; kasi I

kasih sayang

1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; 

berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. 

kasik
Kl 1. kurang: dia tidak ~ apa-apa pun; 2. mahu, ingin: kalau awak tidak mahu beri, saya pun tidak ~.
kasim

kasi, kembiri; 

mengasim mengasi, mengembiri

kasima

Jk; terkasima termangu-mangu, tertegun (kerana bingung, terperanjat, dsb)

kasino
bangunan atau dewan tempat berjudi
kasintu
(Sunda)  ayam hutan
kasip I
Jw terlambat, terlewat: jangan tunggu sampai ~. 
kasip II
~ bukit sj tumbuhan (pokok), kasai bukit, medang bebulu, redan, Aglaia cordata; ~ hutansj tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasai tembaga, Dysoxylon excelsum
kasir I
IB pemegang wang tunai
kasir II
sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beras-beras, kedondong matahari, kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii
kasisang

Br sj serangga yg merosakkan tanaman spt padi

kasmaran
edan ~ sl mabuk (gila) berahi, jatuh cinta: ia mahasiswa yg sedang ~; kesmaran
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›