Ditemukan : 4220 Record
katik III
kotak-~; → kotak II
katil
sj perabot tempat seseorang tidur atau baring, ranjang; ~ bujang katil utk seorang; ~ kelamin katil utk dua orang;
bersekatil bersama-sama di atas satu katil
katimaha
Jw sj tumbuhan (pokok yg kayunya digunakan utk membuat hulu dan sarung keris dll), temahai, timaha, timanga, Kleinhovia hospita; ketimaha
katimumul
Jw sj penyakit pd kuku (jari)
katimun
Jk mentimun
kation (Kim)
ion yg bercas positif dan bergerak ke katod semasa elektrolisis
katir
kayu lempung atau buluh yg dipasang di sisi perahu (supaya jangan terbalik)
katirah
Jw sj tumbuhan (daunnya merah)
katlum → katelum
katod
(Kim) elektrod negatif dlm sel elektrolisis
katolik
mazhab agama Nasrani (yg di bawah pimpinan Paus di Rom)
katoptrik
cabang ilmu optik yg berkaitan dgn pemantulan cahaya oleh cermin
katrol
IB kayu kerek, kapi, takal;
dikatrol diangkat dgn katrol
ke samping
ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~;
ke muka
maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya;
ke luar
ke sebelah luar;
ke II
bp kah: dia sudah balik ~ atau belum?
ke I
1. awalan utk membentuk bilangan yg menunjukkan kedudukan dlm sesuatu siri atau urutan: ~tujuh; ~dua puluh; 2. awalan bagi membentuk kata nama (biasanya disertai dgn akhiran an): ~kasih; ~hendak; ~cantikan; ~perluan; 3. kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo; 4. pergi (menuju sesuatu tempat): saya hendak ~ pasar.
ke depan
1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd
ke belakang
1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap;
|