Ditemukan : 4220 Record
kayak II
sj sampan orang Eskimo;
berkayak naik kayak; mendayung kayak: mereka akan ~ di perairan Perancis selepas menyeberangi Selat Inggeris.
kayak I → kaya
kayai
Mn †; mengayaikan menguatkan diri (utk berdiri) menggagahkan;
terkayai berupaya atau kuasa (utk melakukan sesuatu); tidak ~ berjalan tidak berupaya berjalan
kaya II
Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan.
kaya I
1. < /b> banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll);
~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya;
hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;
mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak);
memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera;
terkaya kaya sekali, paling kaya;
kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah subhanahu wataala;
pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia;
pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata.
kawula
Jw 1. † hamba, abdi, rakyat; 2. saya, patik; 3. Id rakyat sesuatu negara, warganegara; kaula
kawik
sj tumbuhan (pokok), durian api, durian hutan, sahun, Durio malaccensis
kawibawan
kewibawaan; → wibawa
kawi II
sl (sesuatu yg) kuat, kukuh, teguh; adat yg ~ adat yg dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu
kawi I
bahasa ~ a) bahasa Jawa kuno; b) bahasa Jawa yg biasa dipakai dlm kesusasteraan, bahasa pujangga
kawat II; berkawat
berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll), mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka.
kawat I
1. tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram;
~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri;
mengawatkan mengirim berita dll dgn telegram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India.
kawasan
1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah;
~ hitam daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombolan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling lingkungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya;
berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~.
kawar
kawanua
(Minahasa) orang senegeri atau setanah air
kawang
minyak ~ sj minyak yg diperoleh drpd pokok tengkawang
kawan III
burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus
kawan II
sj ikan darat, Labiobarbus curieri
kawan I
1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-muda; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang;
~ berbuat d orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang;
berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~ dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri);
mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur;
mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah;
memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd;
memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan);
kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing;
pengawanan perbuatan mengawan
kawal
1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. penjagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya;
berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian;
mengawal, mengawali 1. menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak;
mengawali mengawal berterusan atau beramai-ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu;
terkawal (dapat) dikawal, diawasi;
kawalan 1. yg dikawal: hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu;
pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan;
pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam.
|