Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.518
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 41 42 43 44 45 >  Last ›
kawak = kawakan
Jk 1. tua benar, tua bangka; 2. ki sudah berpengalaman
kawai

Pl, bp mengambil semua, membolot

kawah II

bunga ~ sj tumbuhan (herba), janggut rimau, Polygonum dichotomum 

kawah I
1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan
kawa III
Tr (pokok) kopi
kawa II
buah ~ sj tumbuhan (pokok), Canarium purparascens
kawa I; kawa-kawa
sj labah-labah
kaveat

(kavéat) (Udg) notis rasmi kpd mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini

kavalri
pasukan (askar) berkuda
kavadi
benda berhias yg diusung pd sebelah bahu oleh penganut agama Hindu semasa perayaan Taipusam utk memuja Dewa Subramaniam
kaut; mengaut

1. mengumpulkan dgn tangan (dan menarik ke arah diri sendiri), mengambil sesuatu banyak-banyak, meraup: Karim gelak-gelak sambil ~ daun terup di hadapannya; 2. ki mengambil banyak-banyak, mengikis: negara asing sedang ~ kekayaan nasional kita utk kemewahan mereka; ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya; ~ laba dgn siku prb sentiasa hendak beroleh untung banyak; 

pengaut alat utk mengaut (tanah dll); kaup

kaustik

(Kim) bkn bahan yg mengakis atau merengsa tisu hidup: soda ~

kauseri
IB ceramah
kausatif
(Lin) bkn bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar)
kaus II
Ar  1. alat utk melepaskan anak panah, busur; 2. salah satu tanda dlm rasi, Sagittarius
kaus I

1. sl kasut, sepatu: ini surat dr bawah ~ Raja Langit datang kpd Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yg jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sj kain kasa yg dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yg pendek lengannya

kaup; mengaup
1. mengambil banyak-banyak sekali gus dgn tangan, mengaut, meraup: ia ~ pakaian yg sudah berlonggok di atas lantai; ~ daun-daun kering yg bertimbun; 2. ki mengambil banyak-banyak: kaum penjajah hendak ~ hasil negeri ini; pengaup alat utk mengaup; kaut
kaunter
meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kpd pelanggan, atau barang-barang dipamerkan
kaunselor
orang yg (layak) menjadi pembimbing dan penasihat kpd orang lain yg menghadapi masalah, orang yg berkemampuan memberikan khidmat kaunseling
kaunseling
proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi tentang masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat
‹ First  < 41 42 43 44 45 >  Last ›