Ditemukan : 4220 Record
kaung
(Sunda) enau, kabung; rokok ~ rokok yg digulung dgn daun kaung
kaum
1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh-tumbuhan dan haiwan);
~ aslipenduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruhgolongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modalorang-orang yg kaya (bermodal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ musyrikin orang-orang kafir; ~ muslimin orang-orang Islam; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua;
berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. = berkaum-kaum berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~-kaum; 3. † (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah;
perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya.
kaula
Jw 1. hamba, abdi; 2. hamba, patik; → kawula
kaul II
rabuk (sj serabut yg terdapat pd pohon enau dll)
kaul I
Ar 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. † janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpahprb hidup mati terletak di tangan Tuhan;
berkaul berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya;
mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.
kaukab
Ar bintang siarah
kau
kep engkau; ~ orang bp kamu sekalian
katwal
sl mata-mata, polis; ketual
katut
selayar sj tumbuhan (pokok), saga monyet, semelit jekuk, Breynia discigera
katup-katup
sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, letup-letup, Bauhinia bidentata
katup II
perenggan sj tumbuhan (herba), kancing baju jantan, rumput teki, Kyllinga brevifolia
katup I
1. ditutup (tertutup) rapat-rapat; 2. sesuatu yg digunakan utk menutup, tutup, tutupan;
berkatup (telah, sudah) ditutup: pintu pejabat itu sudah ~;
mengatup menutup (pintu, mulut, dll): a naik ke rumahnya dan ~ pintu;
mengatupkan, memperkatupkan menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, merapatkan: budak-budak yg lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dlm pagar dan dikatupkan pintunya;
terkatup tertutup rapat-rapat (bkn pintu dll), terkancing (mulut): ia berdiri tegak bertentang dgn muka pintu yg ~ rapat itu;
katupan tutupan (pintu dll): terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu;
pengatup sesuatu utk mengatup
katung IV
baju ~ baju berlengan pendek
katung III
1. = katung-katung sj tumbuhan (pokok), belangkan, cucu ikan, kangkatung, kepoyang, keranji, kurang sepat, melangkan, mengketai, Cynometra polyandra; 2. = ~ laut sj tumbuhan (pokok) belangkan, kangkatung bukit, kangkatung laut, Cynometra ramiflora
katung II
sj penyu, Dermochelys coriacea; tersenget-senget bagai ~ di bawah reba prb orang kecil yg takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia
katung I; terkatung-katung
1. terapung-apung (di air): perahu Pak Kaduk pun hanyutlah ~ ke hulu ke hilir; 2. melayang-layang (di udara); 3. ki tidak pasti (bkn nasib atau kedudukan seseorang, sesuatu perkara, dll), tidak tentu apa yg akan terjadi (apa kesudahannya dsb): hampir setengah tahun lamanya, perempuan muda yg malang itu ~ tidak tentu arah.
katuk II
seluar ~ seluar dalam
katuk I; mengatuk
mengetuk (dgn pemukul)
ke sana
menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik;
ke sini
ke mari: ia berlari ke sana dan ~;
|