Ditemukan : 4220 Record
keaiban
cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~.
keairan
1. basah, tergenang (digenangi) air; 2. bocor (dimasuki air); 3. sl kena luka;
keajaiban
1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.
keajukan
diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya
keakanan
waktu yg akan datang
keakhiran
kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya;
keakhiratan
segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat
keakraban
perhubungan atau pertalian yg sangat erat, perhubungan (pertalian) yg akrab atau karib: mereka masyarakat yg sedang kehilangan ~ dgn kesenian rakyat mereka yg tradisional; panggilan itu kedengaran agak lembut dan penuh tanda ~.
keaktifan
kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;
keakuan
sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;
keakuran
persetujuan, persesuaian, kecocokan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan.
kealahan
perihal alah, kekalahan, ketewasan;
kealaman
perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.
kealiman
1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak)
kealkalian
darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali
kealpaan
kelalaian, kelengahan: harap dimaafkan ~ saya.
keamanan
keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran;
keamatan
1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi
keampuhan
kesaktian, kemujaraban: aku terbangun drpd ~ doa yg diucapkan oleh hati pasrah.
tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan
kean
Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras)
|