Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.167
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 46 47 48 49 50 >  Last ›
keasmaraan

1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja.

keasyik-asyikan
sangat asyik (berahi, leka, dll)
keasyikan
kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman;  
kebaculan

sifat lemah semangat, sifat penakut: baginda tersenyum mendengar ~ saudagar itu.  

kebagasan
keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yg mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya.
kebagian
Jk 1. mendapat bahagian; 2. bp bagai, seperti; bahagi
kebagusan
perihal bagus
kebah

basah kerana keluar peluh (ketika hampir pulih drpd demam), berkurang atau mereda (demam) selepas keluar peluh: dia baru saja ~ drpd demamnya.  

kebahagiaan
perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya.
kebaharuan
sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia;
kebahasaan
yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; 
kebaikan
1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat;  
kebaji

Mn ubat (jampi dll) yg menimbulkan kebencian terhadap seseorang atau antara suami dgn isteri (supaya bercerai): Hanafi kena ~ supaya benci pd sekalian perempuan yg lain.

kebakaran

1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;

kebakhilan
perihal (sifat) bakhil, kekikiran, kelokekan: orang yg dipelihara drpd ~. 
kebaktian

perbuatan baik (bakti), rasa setia (kasih, hormat, dll): jikalau demikian, sia-sialah ~ku;

kebal I

1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mahkamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; 

~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; 

mengebal menjadi kebal; 

mengebalkan menjadikan kebal; 

kekebalan perihal kebal: ~ seorang pendekar; ~ diplomatik; ~ dr segi undang-undang.  

kebal II
~ ayam sj tumbuhan (pokok), balung ayam, medang bunga, pusat beludu, Pentace triptera
kebalighan
perihal baligh (cukup umur, dewasa)
kebalikan
sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;  
‹ First  < 46 47 48 49 50 >  Last ›