Ditemukan : 554 Record
nafas
1. udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); menghembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya keupayaan baru: memberi ~ baru kpd perkembangan dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya;
senafas
1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~;
bernafas
1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri;
menafaskan
mengeluarkan nafas;
pernafasan
perihal bernafas: liang ~.
nafi
Ar 1. penolakan, penyangkalan; 2. tidak mahu (mengaku, menurut, dll), ingkar;
menafikan
tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal: beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg berani ~ pendapatnya itu; tidak ~ mengakui, menerima (kebenaran, kenyataan, kewujudan, dsb sesuatu);
penafian
perihal (perbuatan dsb) menafikan, penyangkalan: misalnya, imbuhan awalan Inggeris a-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non, semuanya membawa fungsi yg sama iaitu ~.
nafiri
sj serunai (trompet) panjang.
nafkah
1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji;
menafkahi
memberi nafkah, menyarai hidup seseorang;
menafkahkan
mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang).
nafs
Ar nyawa, diri, kehendak (kemahuan).
nafsi I
Ar 1. diri sendiri, orang seorang (tidak dgn yg lain); 2. mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain;
nafsi-nafsi, bernafsi-nafsi
mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang.
nafsi II
Jk marah, kemarahan; nafsu.
nafsu
Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat † kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri;
bernafsu
dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~.
naftalena
(naftaléna) sj hablur yg berwarna putih dan berbau rangsang yg dibuat drpd tar arang batu dan digunakan utk membuat bahan ubat gegat, racun kulat, sbg bahan pelarut, dsb.
naga I
1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin;
~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut;
naga-naga
1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan).
naga II;
~ buana sj tumbuhan (pokok renek), Phyilanthus pulcher; ~ satu sj tumbuhan (rumpai), akar sangi, narasetu, narawastu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides; rumput sisik ~ sj tumbuhan (herba), Desmodium heterophyllum.
naga III;
~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang.
nagam
naga-naga IV
Jk keadaan yg menjadi alamat atau tanda (akan baik buruknya), padah: kalau begini ~nya binasa kita semua.
nagara I
† = ~ bukit sl puncak bukit: datang sekarang pun tanah ~ bukit itu spt warna emas rupanya.
nagara II
sj gendang besar; nakara.
nagasari
I sj tumbuhan (pokok), Messua ferrea.
nagasari II
sj kuih spt lepat, dibuat drpd tepung beras dan dibubuh pisang di dalamnya.
nah
1. kata utk menyudahi percakapan orang lain atau utk menukar perhatian, sudahlah: ~, marilah kita lihat sendiri; 2. kata utk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah: ~, ini wang lima puluh ringgit; ~ ini tuala, mari aku tunjukkan tempat mandi; 3. kata utk menyatakan persetujuan, sungguh: ~, kalau begitu lebih baik lagi; 4. kata utk memulakan ayat yg mengandungi perhatian yg lain: ~, sekarang begini sahaja.
nahak †; ternahak
bangkit atau terbit (perasaan, selera, dll).
|