Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.174
Hari ini : 18.171
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›
nalak Kl; menalak

menjerit dgn kuat, meraung.

nalam nazam.
nalan

Kl lima (sebutan dlm permainan).

nalar I

selalu, sentiasa.

nalar II

Ar pemikiran utk menilai buruk baiknya, fikiran yg sihat, akal budi, intelek.

nalih I

ukuran banyak beras dll yg sama dgn 16 gantang.

nalih II

sj tumbuhan, (herba) lakum air, Jussiaea suffruticosa.

nalu

bendalu.

naluri

1. desakan hati utk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi: keinginan mahu tahu adalah suatu ~ ; 2. † adat yg diwarisi turun-temurun, tradisi;

kenalurian

keadaan naluri.

naluriah

berkaitan dgn atau berasaskan naluri: hasil drpd saduran dan terjemahan itu, secara ~, masyarakat Arab menuntut lahirnya penulis-penulis drpd kalangan mereka sendiri.

nam I

kep enam.

nam II; nam-nam

sj tumbuhan (pokok renek), Cynometra cauliflora.

NAM

akronim bagi Non-Aligned Movement (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali).

nama

1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll): ia mencatat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~ buku yg kaubaca itu?; ia mencatat ~ barang-barang yg diterimanya; atas ~ dgn menggunakan nama, utk kepentingan, demi; 2. † gelaran, sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal); mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya);

~ baik kehormatan, maruah;

~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll);

~ benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg dianggap wujud, kata benda;

~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja;

~ julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran);

~ kecil a) nama ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat);

~ pena nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya);

~ samaran = ~ pedengan nama utk menyembunyikan nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja;

bernama

1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~;

menamai

membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur;

menamakan

1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan seseorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya;

ternama

terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~;

kenamaan

1. terkenal, termasyhur: beberapa ahli bahasa yg ~ turut menyumbangkan tenaga; 2. besar (orang, pegawai, dll), berpangkat tinggi: anak orang besar-besar dan ~ dihantar ke sekolah Inggeris;

penamaan

perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah;

penama

1. orang yg memberi nama (mencalonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll.

nambat

Mn jangan, tidak usah; kok pahit ~ diluahkan prb jika pahit janganlah diludahkan.

nambi

sj penyakit puru (pd kaki).

nampak

1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh);

nampaknya

rupa-rupanya: ~ kita tidak terdaya lagi membebaskan diri drpd semua ini;

menampak

melihat, menengok: para pelakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton;

menampakkan

menunjukkan, memperlihatkan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat dilihat;

ternampak

1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai;

ternampak-nampak

seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, terbayang-bayang;

ternampakkan

terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan;

kenampakan

dapat dilihat, kelihatan, ketahuan: kemarahan ibu telah ~ ; tampak I.

nampan

Jw sj dulang, talam; tetampan I.

nampung

sj tumbuhan (herba), Homalomena spp.

namun

1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meskipun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis.

nan

Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk melengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu ....

‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›