selalu sahaja sakit-sakit, menghidap penyakit; ngik.
ngumpet; mengumpet
bersembunyi; umpet.
ngung
bunyi berdengung.
ngungap
termengah-mengah, terngap-ngap.
ngutngit
1. bunyi spt bunyi barang digosok dll; 2. berkata yg bukan-bukan, meracau, merepek.
ngutngut
bergerak-gerak mulutnya (bkn orang mengunyah dll), berkumat-kamit.
ni I
kep ini.
ni II
kep nini.
ni III
Mn kep uni (kakak perempuan).
ni IV
Kd, bp engkau, awak, kamu.
nia
leher (baju).
niaga
dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan;
nian
1. terlalu sangat, amat, benar, sungguh: bodoh ~ orang itu; 2. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya: ada pun harta ayahanda sudah tentu ~ tidak akan pulang lagi pd ayahanda; sebentar ~ sebentar sahaja.
niasin (Bio)
sj asid yg tergolong dlm kumpulan vitamin B kompleks, banyak terdapat dlm daging, yis, hati, dll, dan penting dlm pemakanan kerana asid ini dapat mencegah penyakit pelagra, asid nikotinik.
niat
1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar;~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar;
berniat
1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati;
berniat-niat
berharap-harap supaya, mengharapkan benar;
meniatkan
1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati;2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan;
terniat
telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya;
niatan
niat.
nibung
sj tumbuhan (palma yg batangnya berduri dan umbutnya boleh dimakan), Oncosperma tigillaria.
nibus
IB kep omnibus, sj bas.
nidera
sl terlena, nyedar, nyenyak.
nifak
Ar munafik.
nifas
1. = darah ~ darah yg keluar selepas bersalin (biasanya antara 40-60 hari); mandi ~ mandi yg diwajibkan selepas bersalin; 2. Id sedang bersalin.