Ditemukan : 554 Record
nihil
tidak ada sesuatu apa, hampa, kosong;
kenihilan
kekosongan, kehampaan.
nihilisme
fahaman yg menolak semua nilai dan kepercayaan yg sedia ada.
nijas
gelaran raja Habshah, negus.
nik
Kl sj gelaran di Kelantan.
nika
Id, bp pemerintahan Belanda sesudah Jepun menyerah (kep Netherlands Indies Civil Administration).
nikah
akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan;
wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah;
~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam;
~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah);
~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll);
~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula);
~ zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam;
~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa;
masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah
mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil;
menikah
berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir;
menikahi
berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri;
menikahkan
menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu;
nikah-nikahan
bp selalu bernikah, suka bernikah;
pernikahan
perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan.
nikdap
Kl berjalan mundar-mandir (tanpa membuat sebarang pekerjaan).
nikel
(Kim) sj unsur logam yg berwarna putih keperakan, mulur, tahan kakisan, dan digunakan utk membuat aloi, duit syiling, dll.
nikmat
Ar 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar;
menikmati
1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa;
kenikmatan
perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden;
penikmatan
perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg memungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I.
nikotina
(Kim) sj bahan beracun yg terdapat dlm tembakau dan digunakan sbg racun serangga dan pewasap.
nikrom
(Kim) aloi yg terdiri sebahagian besarnya drpd nikel, ferum, kromium, dan sedikit unsur-unsur lain, mempunyai rintangan elektrik dan takat lebur yg tinggi dan digunakan sbg dawai elektrik dll.
nila
1. (warna) biru; ~kandi = batu ~ = permata ~ sj permata nilam; 2. sj bahan pewarna biru (dibuat drpd daun tarum); sebab ~ setitik, rosak susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak.
nilai
1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah;
~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar;
~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus;
bernilai
mempunyai nilai;
menilai
1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah;
ternilai
dapat dinilai;
tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yang tidak ~;
nilaian
harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi;
penilaian
perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya;
penilai
orang yg menilai, pentaksir.
nilakandi
1. sl permata nilam; 2. (warna) biru langit.
nilam I; ~ bukit
a) sj tumbuhan (herba), rumput kuku, Pogostemon heyneanus; b) sj tumbuhan (herba), Scutellaria discolor.
nilam II; burung ~
a) sj tumbuhan (herba), rumput kuku, Pogostemon heyneanus; b) sj tumbuhan (herba), Scutellaria discolor.
nilam III; batu ~
sj batu permata yg biru warnanya.
nilau = ~ paya
sj tumbuhan (pokok kecil), balik angin, Commersonia bartramia.
nilik
nilon
bahan tiruan yg kukuh dan kenyal yg boleh dibentuk menjadi bebenang atau gentian dan digunakan utk membuat tali, tekstil, dll.
nilur; perisai ~
sj perisai yg berukir-ukir.
|