Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.682
Hari ini : 22.104
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›
nisab II

Ar bilangan (jumlah) yg sekecil-kecilnya bagi benda yg dikenakan zakat: harta yg kita peroleh itu wajib dikeluarkan zakat jika cukup ~nya.

nisan = batu ~

batu tanda pd kubur yg biasanya mempunyai nama, tarikh, dsb orang yg dikebumikan.

nisbah I

Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan keluarga.

nisbah II

perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan 7/100; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali.

nisbi

 

bergantung pd bandingan dgn yg lain, tidak mutlak, relatif: kalau orang mengatakan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana membandingkannya dgn rumah yg lebih kecil, kalau dibandingkan dgn rumah yg lebih besar, rumah tersebut kecil;

kenisbian

perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai moral.

niskala

tidak berwujud (berbenda), abstrak, mujarad;

meniskalakan

menyebabkan sesuatu menjadi tidak berwujud: unit pengetahuan tidak boleh ~ perkara tersebut drpd pembawanya;

keniskalaan

perihal (keadaan) tidak berwujud, keabstrakan, kemujaradan: dia memberi perincian ini pd suatu ketentuan atas ~;

peniskalaan

hal tidak berwujud.

nista

1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~ ; makhluk ~ makhluk yg hina;

menista

1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya;

nistaan

celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu;

kenistaan

perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair.

nisyon

Pl mabuk (kerana minum arak dll).

nitis

Jw menjelma; titis II.

nitrat

(Kim) sebatian yg mengandungi nitrogen dan oksigen dan digunakan sbg baja dlm aktiviti pertanian.

nitrik

(Kim) berkaitan dgn atau mengandungi nitrogen.

nitrit

(Kim) garam yg diperoleh drpd asid nitrus.

nitrogen

(Kim) sj unsur gas yg tidak berbau, tidak berwarna, wujud semula jadi dlm dlm atmosfera (sebanyak 78%) dan digunakan dlm pembuatan ammonia, asid nitrik, bahan kimia, dll; ~ dioksida sj gas yg berwarna perang dan baunya menusuk hidung.

niur

Mn nyiur.

no.

kep nombor.

nobat

1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyian sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg bermain ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun berhentilah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin);

menobatkan

menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka;

penobatan

perihal atau perbuatan menobatkan, penabalan.

nobelium (nobélium)

(Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

nod (Komp)


1. titik tumpuan, temuan, atau sambungan dlm rajah, carta, graf, litar, rangkaian, dll; 2. terminal komputer atau stesen perhubungan dlm rangkaian perhubungan komputer; ~ saudara nod dlm struktur pokok yg berada di bawah cabang yg sama.

noda

1. bintik, kotoran (pd baju dll): dibersihkannya ~ yg ada pd kainnya itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;

bernoda

1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~ ;

menodai

1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai;

ternoda

telah dinodai: niat yg suci itu menjadi ~ apabila disalurkan melalui cara yg hina;

kenodaan

keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;

penodaan

perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat ~;

penoda

orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan seseorang (perempuan): gadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri.

noh

Kd, Pn kata yg digunakan di akhir sesuatu pertanyaan.

‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›