Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 774
Hari ini : 13.475
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 188 Record
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›
pataling
sejenis tumbuhan (pokok), Ochanostachys amentacea.
patam I
sejenis alat yang menyambungkan daun pintu (tingkap dll) pada jenangnya dll (sehingga daun pintu dll dapat dibuka katup), engsel.
patam II
sejenis alat daripada besi pada ketam yang letaknya di antara pasak dengan mata ketam.
patang I
petang.
patang II

1 gelap; 2 terhalang pandangan;

      patang ati 1 kiasan gelap fikiran (kerana marah); 2 sukar (tak mudah) belajar.

pataratna
tempat raja dan isteri raja bersemayan.
patian
sejenis ikan air tawar, Sp unid.
paur → pari I.
paus; memaus

1 keluar dengan deras (cecair); 2 mengeluarkan kata-kata kesat kerana marah; 3 menyemburkan sesuatu (ubat-ubatan, sepah sirih pnang dll) dari mulut;

      paus-pausan ramuan ubat yang disemburkan dari mulut untuk perempuan yang sedang mengandung dan selepas bersalin.

paut
1 benang yang digunakan untuk membentuk panah-panah kikik; 2 kertas yang dikerat-kerat kecil dengan berbagai-bagai bentuk (persegi, bujur dll) yang direkatkan pada tulang belakang kikik dan paut kikik.
payang; memayang

mencarik atau mengoyak kertas.

payau

sejenis binatang yang tanduknya bercabang dan memakan tumbuhan-tumbuhan, rusa;

      tinggi-tinggi payau tinggi persekolahan pada nama sahaja sedangkan mata pelajaran yang senang tidak difahami dengan sempurna.

payuk; memayuk
mengikat (semua kaki dan tangan) manusia atau (semua kaki)  binatang supaya tidak boleh bergerak.
pehin
gelaran bagi manteri berciri.
pengiran

1 gelaran daripada keturunan tertentu dalam susun lapis masyarakat Melayu Brunei; 2 panggilan bagi awangku atau dayangku yang sudah berkahwin.

penyaram → pinyaram.
peramba → paramba.
piasau I

sejenis tumbuhan (palma), kelapa, Cocos nucifera;

      piasau laka sejenis tumbuhan (pokok);

      piasau-piasau sejenis tumbuhan (pokok), Angelesia splendens.

Piasau II; Piasau-Piasau
nama sebuah kampung di Daerah Temburong.
picula I

sejenis tumbuhan (pokok jalar), Petola Luffa aegyptiaca;

      Picula ular sejenis tumbuhan (pokok jalar), Trichosanthes anguine.

‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›