Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 416
Hari ini : 10.680
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 188 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
parambahan
ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, peribahasa.
paranca
kayu (buluh dll) yang dipasang sebagai rangka untuk tumpuan dll semasa mendirikan rumah dll.
parangan
sejenis ikan laut, Pristis cuspidatus.
parangiang
sejenis ikan laut, Chirocentrus dorab.
parapat
sejenis tumbuhan (pokok), Sonneratia alba.   
parat
bau atau rasa yang tidak sedap (seperti minyak kelapa yang sudah lama disimpan).
parawis, = pirawis; inda berparawis
kiasan tidak bersopan santun (biasanya pecakapan).
pari I; pari alang

sejenis ikan laut, Sp unid;

      pari daunan sejenis ikan laut, Dasyatis sephen;

      pari ijau sejenis ikan laut;

      pari manuk sejenis ikan laut, Aetobatus narinari;

      pari mimik sejenis ikan laut, Dasyatis sp;

      pari paur, = paur sejenis ikan laut, Manta birostris;

      pari rintik sejenis ikan laut;

      pari susun sejenis ikan laut.

pari II; pari saja
 1 ristaan tentang sesuatu yang tidak diduga berlaku (biasanya untuk memperkecil-kecilkan kebolehan atau menunjukkan rasa kagum); mis: ~ ~ kan menang, padahal membuyuk, ~ ~kan menang, padahal inda berlatih; 2 ristaan untuk memberi pengajaran; mis: ~ ~kamu kan laju-laju memandu kereta, banyak sudah orang bermati melanggar.
pariau I
sejenis ikan air tawar, Sp unid.
pariau II; pariau-pariau
sebutan untuk kumpulan kanak-kanak yang belum masuk golongan dewasa.
parikah; inda terparikah
tidak terupaya untuk membuat kerja lain kerana terlalu sibuk.
parius; parius-parius
sejenis tumbuhan (pokok), Elaeocarpus sp.
paropok
sejenis tumbuhan (herba), Lophopetalum subobovata.
parun; memarun
membakar longgokan rumput dll.
pasa
sebahagian daripada alat pertenunnan (tempat menggulung kain yang telah selesai ditenun); anak pasa sebahagian daripada alat pertenunan.
pasagi
segi-empat yang sisinya sama panjang, persegi.
pasang; main pasang
sejenis permainan tradisional Brunei menggunakan 120 buah (60 biji putih dan 60 biji hitam) yang digerakkan di atas papan yang berpetak-petak (96 petak).
pasik; memasik

mengetik dengan belakang hujung jari yang dibidaskan dari ibu jari;

      berpasik 1 memasik ke air untuk menentukan giliran memulakan permainan (biasanya main tambi) di air; 2 memasik sebagai ganjaran dari kemenangan dalam sesuatu permainan (biasanya kalangan kanak-kanak);

      main pasik sejenis permainan kanak-kanak dengan menggunakan gelang getah;

      pasikan sebahagian daripada alat jerat binatang atau burung.

paspan

sejenis bekas daripada logam untuk memasak.

‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›