Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.769
Hari ini : 25.111
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 48 49 50 51 52 >  Last ›
cerul
perul, pesai, serul
cerun

1. curam, terjal; 2. lereng bukit (tebing dll) yg curam: di ~ bukit di Mysore, terdapat kebun kopi yg luas; 

      bercerun mempunyai cerun; 

      kecerunan keadaan cerun (curam, terjal), keterjalan

ceruncup → cerucup
cerung I
~-cerang bunyi spt gelang kaki berhantuk-hantukan
cerung II
Kl; bercerung bermuafakat, bekerjasama, berkongsi
cerunyas
pecah-pecah, hancur: ia menggigit-gigit pangkal cerutunya yg memang telah ~. 
cerup
bunyi spt bunyi orang menghirup bubur (air dll)
cerurut → cencorot
cerut I; mencerut

1. mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut: ~ leher; 2. ki (berasa) sakit bagai dicerut: perutnya mula berasa ~ kerana lapar; 3. menyekat hingga sukar berkembang (maju dsb): pd masa yg sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi;  

      pencerutan perbuatan mencerut;  

      pencerut tali (orang dll) yg mencerut

cerut II

Kl, Tr sabit (penyabit);  

      mencerut memotong dgn cerut, menyabit: ~ rumput

cerut III, cerutu

sj rokok yg dibuat drpd daun tembakau kering yg digulung, serutu;  

      mencerut menghisap cerut

cet I
(cét) sr kata utk menyatakan perasaan tidak suka (gemar), cis
cet II

(cét) kep cetakan

      cetai; bercetai-cetai koyak-koyak, cabik-cabik, cabak-cabik; 

      mencetai-cetai mengoyak-ngoyak, mencabik-cabik

cetai; bercetai-cetai
koyak-koyak, cabik-cabik, cabak-cabik; 
cetak

(cétak) 1. cap (tanda, huruf, dsb) pd kertas atau kain; mesin ~ mesin utk mengecap buku dll; 2. = cetakan acuan (utk membuat kuih dll); ~ kuih acuan kuih;  

      ~ rompak perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis dll tanpa kebenaran (dan tanpa membayar royalti kpd penulis atau pencipta berkenaan): masalah ~ rompak bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; ~ semula = ~ ulang cetakan kali kedua dll dgn tidak ada perubahan drpd cetakan pertama (buku dll); bagaimana ~ begitu kuihnya prb anak menurut kelakuan (sifat) bapanya (sesuatu itu menurut asalnya);  

      bercetak dicap: kad hari raya yg ~ comel;  

      mencetak 1. mengecapkan tulisan (gambar) pd kertas dll (utk membuat buku, surat khabar, dll): mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah; 2. mengecapkan lukisan pd kain: ~ batik; 3. menuang sesuatu (logam dll) dlm acuan, membuat sesuatu dgn acuan: timah dr lombong dicetak sebelum dijual; ~ kuih; 4. membuat (menjaringkan) gol (dlm permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dlm perlawanan, perang, dll), memperoleh keuntungan: sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol;  

      mencetakkan mencetak sesuatu utk, menyuruh mencetak, menerbitkan sesuatu (buku dll);  

      cetakan 1. (buku, majalah, dll) yg dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yg dicetak, hasil mencetak (kain dll): ~ yg pertama buku itu ialah dgn huruf jawi; 2. acuan (kuih dll); 3. ki sesuatu yg sudah dibentuk;  

      percetakan tempat (syarikat perniagaan) yg mencetak buku (majalah dll), pejabat cetak; 

      pencetakan kerja-kerja (proses, urusan) mencetak;  

      pencetak 1. orang (syarikat perniagaan dll) yg mencetak; 2. orang yg kerjanya mencetak, tukang cetak; 3. alat-alat yg dipakai utk mencetak

cetar
~-cetir bunyi cemeti (sambuk, pecut, dll)
cetas
bunyi spt bunyi orang menggores mancis
cetek

(céték) 1. tidak dalam (bkn sungai dll), tohor, cangkat, dangkal: binatang ini hidup di air yg ~ dekat pantai; 2. tidak dalam atau tidak tinggi (bkn ilmu pengetahuan), dangkal: pengetahuannya tentang perkara itu amat ~; dalam menyelam ~ bertimba prb hasil yg sedikit itu digunakan dgn berpada-pada;  

 mencetekkan menjadikan cetek, menohorkan, mendangkalkan, mencangkatkan: ~ sungai;  

    kecetekan 1. perihal (keadaan) cetek (bkn sungai, telaga, dsb), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan; 2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan: ~ pengetahuannya jelas pd hujah-hujahnya

ceteng

(céténg); menceteng menjinjing 

cetera I
sl payung kebesaran kerajaan spt payung iram-iram (ubur-ubur dll); ~ jantung Id urat pipih yg menyekat rongga dada dan rongga jantung
‹ First  < 48 49 50 51 52 >  Last ›