Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.951
Hari ini : 25.175
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›
ceropong → cerompong
cerot

Pn seruan utk menyuruh gajah memasukkan kakinya ke dlm sengkela (pasung)

cerotok → ceratuk
cerpa
terpa (terkam)
cerpelai
sj binatang drpd jenis musang, Herpestes spp
cerpen

(cerpén) cerita pendek: Harun tidak sahaja menulis novel, tetapi juga mengarang ~; peraduan mengarang ~;  

      bercerpen menulis cerpen: sejak akhir-akhir ini dia ~ pula;  

      mencerpenkan menghasilkan cerpen atau menulis karya kreatif yg berbentuk cerita pendek; 

      pencerpenan proses mencerpenkan sesuatu, penulisan cerita pendek: keterampilan pengarang tersebut terserlah dalam bidang ~. 

cerpenis
(cerpénis) penulis cerpen: keadaan masyarakat selalu menjadi bahan-bahan sindiran ~ kita; Ishak Hj. Muhammad ialah seorang ~.
cerpu

sj lapik kaki (spt terompah) yg dibuat drpd kulit; ke bawah ~ ke bawah duli

ceru → cerul
cerua
gelama ~ sj ikan gelama, Pseudosciaena aneus
cerubah
Kd sj senjata lama
cerucah, cerucuh
sl sj perahu
cerucuk

1. batang (kayu, besi, konkrit, dll) yg ditanam utk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain; 2. tembok pengempang ombak; 3. pancang-pancang yg dipacak di tepi laut; 4. pangkalan di pelabuhan, jeti; 5. ceracak, cerancang; 

      mencerucuk menanam cerucuk

cerucup

1. sj rumput yg tajam-tajam sarung buahnya (bunganya), kemuncup, Chrysopogon aciculatus; 2. runcing, tajam, lancip;  

mencerucup bercerancangan, mencuar-cuar tajam

ceruh I

sudah ditumbuk bersih-bersih hingga putih (bkn padi dll): beras itu belum ~;  

      menceruh menumbuk bagi kali yg keduanya supaya ceruh: ~ beras

ceruh II
curam, jeruh
ceruh III
Tr heboh
ceruk I

1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk;  

      menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk;  

      ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk;  

      terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II

ceruk II

Kl sabit (penyabit);  

      menceruk menyabit

ceruk-menceruk
mencari ke semua ceruk; 
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›