Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 2.078
Hari ini : 31.257
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
caing I

cuang-~ = caing-caing koyak-koyak, cabik-cabik, robek-robek, rabit-rabit; 

      mencaing-caing mengoyak-ngoyak, mencabik-cabik, merobek-robek, merabit-rabit; 

      mencaingkan menjadikan cabik, merobekkan

caing II
(Sunda) sukatan padi (= 200 ikat)
cair

1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api;  

      ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; 

      cecair bahan spt air atau minyak yg mengalir bebas (tidak mempunyai bentuk), bukan gas, dan bukan pepejal, cairan, enceran: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; 

      mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; 

      mencairkan menjadikan sesuatu cair, mengencerkan;  

      cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; 

      kecairan perihal cair; 

      pencairan proses mencair(kan); 

      pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu

cais
† tali kekang, kendali
caj
1. bayaran yg perlu utk sesuatu perkhidmatan atau barang yg dibeli: kenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yg dikenakan oleh LKIM; 2. mengenakan harga (pd barang, perkhidmatan): apa fasal kau ~ lebih? 3. pertuduhan (dlm mahkamah)
cak I
bunyi spt bunyi orang makan atau binatang berjalan di lumpur
cak II
~ padang (tanah) sj burung spt burung pipit, apit-apit, laki padi, lancar-lancar, pipit padang, seri lancar, Anthus novaeseelandiae malayensis; ~ padi sj burung, ciak, pipit padi, pipit uban, Munia m. maja; ~ raya sj burung, tempua, Ploceus philippinus infortunatus; ~ tinting sj burung, laki padi, main angin, Cisticola juncidis malaya
cak III

ukuran besar yg dihitung menurut besarnya lingkungan hujung jari kedua-dua belah tangan (jari telunjuk bertemu jari telunjuk, ibu jari bertemu ibu jari)

cak IV
Kl cangkul
cak V
bp kata utk mengagah (kanak-kanak, bayi)
caka
Mn tadi
cakah

1. lebar (bkn sudut, cabang, kangkang kaki, dll); sudut ~ sudut yg luasnya lebih drpd 90°; 2. tidak melengkung (bkn tanduk), lurus ke kiri dan ke kanan, kedua-dua hujungnya berjauhan; 

      mencakah 1. berjalan dgn kaki terkangkang: berjalan ~; 2. melebarkan (cabang dll)

cakak I

Mn kelahi, perkelahian; 

      bercakak berkelahi, berbantah; 

      pencakak suka berkelahi; cekak III

cakak II

Tr terdaya, berupaya: saya sudah tidak ~ hendak mendaki bukit ini kerana terlalu tinggi

cakal
 ~ bakal Jw orang yg mula-mula membuka kampung
cakalele
(cakalélé) tarian perang (di Maluku dan Minahasa)
cakap I

bicara, kata, kecek, tutur;  

      ~ angina cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ besar cakap yg membesar-besarkan diri sendiri; ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan);  

      ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; 

      bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu 3. berbual, berborak, bersembang;  

      bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromong-omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; 

      mencakapi † mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; 

      mencakapkan, mempercakapkan 1. membicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkhabarkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, menggunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; 

      percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingan: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan

cakap II

1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap;  

      bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; 

      mempercakap, mempercakapkan Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; 

      kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ¨ cekap

cakar I

1. kuku yg panjang, runcing, dan melengkung (pd burung, ayam, harimau, kucing, dll): anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; 2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu; 3. = pencakar;  

      ~ ayam a) tulisan tangan yg amat buruk; b) sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu atau keledek yg diracik; ~-balar garis-garis atau cakar-cakar yg banyak dan tidak menentu (calar-balar); ~ besi a) sepit besi utk memegang besi yg dibakar dll; b) pencakar yg dibuat drpd besi; 

      bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran 1. (bkn binatang) berkelahi dgn menggunakan cakar; 2. ki berkelahi, bertengkar: kita sering ~ sesama sendiri;  

      mencakar 1. menggaru (dgn cakar); 2. † mengais, mencari makan (bkn ayam dll);  

      percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran);  

      pencakar 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat-tingkat dan tinggi

cakar II
~ bebek = ~ itik sj tumbuhan (herba), tapak itik, Acanthus ebracteatus
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›