Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.321
Hari ini : 19.532
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 65 66 67 68 69 >  Last ›
cuaca

keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dll ) di sesuatu tempat pd sesuatu ketika tertentu: ~ baik; ~ gelap; ~ terang; mendengar laporan keadaan ~ melalui radio; ilmu kaji ~ pengetahuan bkn keadaan udara

cua

† kecewa, tidak senang

cu III
sr kata utk menyuruh gajah berenang
cu II
ciu (sj minuman keras)
cu I
kep bongsu; pak ~ pak bongsu (pak cik); mak ~ mak bongsu (mak cik)
coulomb
(Fiz) banyaknya tenaga elektrik yg dialirkan oleh arus elektrik sebanyak satu ampere dlm satu saat
cuak I

takut, cemas, gentar; 

      kecuakan perasaan cuak (takut, cemas, gentar), ketakutan: di wajah askar itu, terbayang ~ akan kebesaran Allah. 

cuak II
binatang (kerbau, gajah, dll) yg digunakan utk memikat
cuak III
Pr siram, simbah
cual I
Pr jatuh kerana lalai, cubih
cual II

sutera yg belum selesai dipintal (dlm peringkat pertamanya)

cuang → coang I
cuani
† sj kain
cuar; mencuar, tercuar

menganjur ke atas (spt tiang layar, pancang, dll), menganjur memanjang ke depan (spt kaki, tongkat, dll);  

      cuaran benda yg mencuar

cuat; mencuat, tercuat

menganjur tegak ke depan dll (spt ekor ayam, rokok di bibir, dll) 

cuba

1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekiranya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi;

      cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk mengetahui dll): percaya dgn tiada ~; 

      mencuba 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang;  

      mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti;  

      cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-XX telah ada ~ utk memahami Islam; 

      percubaan 1. usaha utk melakukan (menjayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilakukan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; 

      pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan)

cubadak → cempedak
cuban

1. sj jarum besar drpd buluh (tanduk dll) utk membuat jala (jaring dll), tinjau; 2. alat (drpd kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga) yg digunakan utk menggulung benang emas

cubih NS → cual
cubik → cobek, cubit
‹ First  < 65 66 67 68 69 >  Last ›