Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.299
Hari ini : 19.519
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 64 65 66 67 68 >  Last ›
coplok
Jw tanggal atau tercabut (gigi, paku, dll), copot
copong
Tr corong suara: pd masa dahulu tok bilal menggunakan ~ utk azan
copot

Jw tanggal, tercabut, terlepas;

      mencopot, mencopoti, mencopotkan 1. menanggalkan (baju, kasut, dll): ~ pakaian; 2. mencabut (gigi, paku, dll): ~ tonggak; 3. melepaskan (drpd ikatan dll); 4. bp melucutkan, memecah, membebaskan (drpd jawatankuasa, dll): semua yg terlibat dlm pemberontakan itu akan dicopot;  

      pencopotan 1. perihal (perbuatan) mencopot; 2. pemecatan

cor

Jw †; besi ~ besi yg dituang; tukang ~ tukang yg menuang besi dll;  

      dicor dituang (logam, besi, dll)

corak I

1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu;  

      bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenunan, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran;  

      mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; 

      mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; 

      pencorakan perihal (perbuatan dsb) mencorakkan

corak II
~-carik koyak-koyak, cobak-cabik
corat
~-coret = ~-carit a) garis-garis yg tidak tentu hala rupanya; b) = gambar ~-coret gambar yg dilukis secara kasar dgn garis-garis, gambar yg jangan tidak sahaja rupanya (spt karikatur, sketsa, peta lakar, dll); c) = tulisan ~-coret tulisan yg tidak elok dan tidak sungguh-sungguh; d) = tulisan ~-coret karangan (spt cerpen, esei, dll) yg ditulis jangan tidak atau utk gambaran ringkas sahaja (tidak tinggi nilai seninya, isinya, dll); e) pementasan atau drama pendek yg tidak tinggi mutunya (spt utk hiburan atau selingan sahaja); coret I
corek

(corék) garis panjang, boreng, coret;  

      mencorek 1. menggaris, mencoreng; 2. memotong atau membatalkan tulisan (perkataan yg salah) dgn menggariskannya, mencoret

coreng I

(coréng) garis kasar panjang, conteng; ~-moreng penuh dgn coreng;  

      bercoreng, bercorengan, bercoreng-coreng, bercoreng-corengan mempunyai banyak coreng (kotor) yg tidak tentu rupanya: tembok bilik mandi itu ~; 

      bercoreng-moreng kotor penuh berconteng-conteng;  

      mencoreng menggaris kasar panjang, menconteng: gambar-gambar calon yg terpampang di situ sudah dicoreng-coreng dgn arang;  

      mencorengkan menggariskan, mencontengkan, mencoretkan;  

      tercoreng terconteng; malu ~ di muka (dahi) prb mendapat malu besar

coreng II
(coréng) 1. sj ikan laut, Euthynnus alleteratus
coreng III
(coréng) (Pattani) sj musang, Prionodon spp 
coreng IV
(coréng) ~ atap sj tumbuhan (pokok kecil), tasik timbul, Leucopogon malayanus
coreng V
(coréng) Tr cucur atap: Minah berteduh di bawah ~. 
coret I

(corét) garis panjang; corat-~ a) garis-garis yg tidak tentu hala; b) gambar yg dilukis dgn garis-garis (jangan tidak sahaja rupanya); c) tulisan yg tidak elok; d) karangan yg ditulis jangan tidak atau utk gambaran ringkas; e) pementasan pendek;  

      mencoret 1. menggaris panjang; 2. mencorek, membatalkan atau memotong tulisan (perkataan yg salah) dgn coret; 3. membuat sketsa (lakonan dll); 4. ki menghapuskan, meninggalkan, tidak mengira atau tidak memasukkan dlm perkiraan;  

      coretan sketsa, gambaran (lukisan) ringkas: inilah kisahnya satu ~ hidup gadis kota; 

      pencoretan perihal atau perbuatan mencoret; corat

coret II
(coret) Mn; mencoret menyembur, memancur
coriang

Kd belang harimau

coro
Jw lipas
corong

1. saluran yg berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah; 2. = ~ bicara (suara) alat yg berbentuk kelongsong utk menguatkan suara; 3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong; 4. = ~ lampu salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; 5. teropong (utk melihat jauh); 6. alat penguat suara, mikrofon;  

      ~ Baermann (Bio) radas yg digunakan utk mengasingkan organisma kecil drpd suatu sampel (biasanya tanah); ~ dengar alat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak; ~ radio alat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio; ~ telefon gagang telefon; 

      mencorong 1. bersinar dgn terangnya (bkn lampu, matahari, dll ); 2. menyuluhi (menerangi) dgn lampu corong;  

      mencorongkan 1. menyinarkan, menerangkan; 2. memancarkan (cahaya, suara, dll) 

cuai

 1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga;  

      mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll ): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll );  

      kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; 

            pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu
cuah
Kl; mencuah mencurah, membuang
‹ First  < 64 65 66 67 68 >  Last ›