Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.529
Hari ini : 19.629
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 66 67 68 69 70 >  Last ›
cubit = cubitan;

 siapa kena ~, dialah yg berasa sakit prb siapa yg berbuat salah, dialah yg menanggung kesusahannya;  

      secubit sebanyak yg dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, sedikit sahaja, sekelumit;  

      mencubit 1. menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, menggetil: ia terkejut apabila pahanya dicubit; 2. ki mengambil sedikit (makanan dll): aku ~ kuih itu sedikit;  

      cubitan perbuatan mencubit, getilan: seorang syahid tidak berasa sentuhan maut melainkan hanya spt rasa ~ sahaja. 

cubung I → kecubung I
cubung II; cubung-cubung
berenga lalat (pd bangkai dll)
cuca I

jampi yg boleh menundukkan musuh atau yg dapat mengubati luka dll ;  

      mencuca menjampi (utk menundukkan musuh, mengubati luka, dll)

cuca II; mencuca
sl mencerca
cucak
= ~ rawa sj burung, barau-barau, cengkerawak
cuci I

~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) membersihkan darah dgn menggunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), dialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) membasuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang;  

      bercuci ki bersunat, berkhatan;  

      mencuci 1. membersihkan dgn air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; 

      ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; 

      mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; 

      cucian 1. barang-barang yg dicuci (spt kain, baju, dll ); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih;  

      pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci;  

      pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll  

cuci II

~ maki caci maki, berbagai-bagai cercaan (celaan dll);

      mencuci; ~ maki memaki-maki

cucu

keturunan peringkat kedua (iaitu seperingkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan;  

      bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempunyai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan)

cucuh; mencucuh

memasang, menyalakan (api dll): ~ pelita; ~ meriam memasang meriam;  

      mencucuhkan memasangkan, menyalakan: dicucuhkannya sumbu itu;  

     pencucuh 1. orang yg mencucuh, tukang cucuh; ~ meriam pembakar meriam; 2. alat utk mencucuh: palam ~; 3. ki penghasut

cucuk I

1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~;  

      bercucuk; ~ ikan † berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll;  

    mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; berasa sakit yg ~-cucuk berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum dll; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rangkaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahah orang: dialah yg ~-cucuk orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu;  

     mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut;  

   tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi);  

      cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan;  

      pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pengacum, batu api

cucuk II
Jw 1. paruh, patuk; 2. barisan (pasukan) yg terdepan: Patih Karma Wijaya berjalan dahulu menjadi ~. 
cucunda
bh cucu (digunakan dlm surat-menyurat atau berkaitan dgn golongan istana): Raja Tua terlalu kasih akan ~ baginda. 
cucung
bp cucu  
cucup; mencucup

menghisap, mengucup; ~ benak ki menghisap darah (memeras orang)

cucur I

aliran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri;

      bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai;  

      mencucuri menyirami, menjirus: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; 

      mencucurkan mengalirkan turun, memancarkan, memancurkan; ~ air mata menangis;  

      cucuran aliran ke bawah, pancaran, pancuran; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta)

cucur II

Kl, Tr; mencucurkan memulangkan wang (baki drpd membeli barang)

cucur III
kuih drpd tepung dan bahan-bahan lain yg digoreng
cucur IV

muncung atau jongor perahu; layar ~ layar yg di depan sekali, jib

cucur V
(daun) ~ atap sj tumbuhan (pokok renek), Baeckia frutescens; atap ~ = rotan (atap) ~ sj rotan, Calamus castaneus
‹ First  < 66 67 68 69 70 >  Last ›