Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.514
Hari ini : 19.800
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›
capah I
Mn cakah
capah II
bekas bulat spt dulang (dibuat drpd kayu); capar
capah III
meja bundar kecil yg boleh berputar, digunakan utk menempa atau melagang, meja tempa
capah IV
sj tumbuhan (pokok), cempening, kasap, pecah periuk babi, tapak kerbau, Clerodendron villosum
capai I; mencapai

1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh;

      tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana;  

      tercapaikan dapat dicapai: mereka tidak akan ~ maksud aku; 

      sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau;  

      capaian (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; 

      pencapaian apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel

capai II
carut-~ berbagai-bagai carut;carut
capai III

payah, lelah;  

      kecapaian keletihan; capek

capaian
(Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; 
capak I

sl tidak mengendahkan (menghiraukan, mempedulikan);  

      mencapak memandang ringan (mudah, hina, lemah, dll), mengabaikan: apa susahnya ~ kerja orang;  

      tercapak tidak diendahkan, terabai, terbiar

capak II; tercapak
duduk (dgn kaki terkangkang spt menaiki motosikal): Pak Pandir duduk ~ pd dahan kayu itu meratah ikan salai; celapak I
capak III
Mn; mencapak, mencapak-capak mengecap-ngecap (bkn mulut sewaktu makan); cepak
capak IV
sj tumbuhan (pokok), singa tampu, Melochia umbellata
capal

sj selipar yg dibuat drpd kulit dan rupanya seakan-akan selipar jepun, cerpu

capang

panjang dan melengkung (bkn tanduk atau misai), panjang dan lebar (bkn telinga)

capar
sj pasu (dibuat drpd kayu); capah II
capati
sj roti nipis yg dibuat drpd tepung atta (asalnya dr India)
capcai
C 1. sj makanan Cina (sayur dll); 2. bp campur aduk
capek
(capék) Jw penat, lelah; ~ hati bersusah hati; capai III
capelin
 Jw tudung kepala yg tirus bentuknya (dibuat drpd buluh yg dianyam), capil, caping
capgome
(capgomé) C hari yg kelima belas, bulan satu dlm tahun Cina (hari besar Cina)
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›