Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.567
Hari ini : 19.728
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 13 14 15 16 17 >  Last ›
capik

1. tempang kakinya atau jalannya (kerana cacat kaki); 2. lumpuh (bkn kaki dan tangan);  

      mencapikkan menyebabkan capik: kemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya;  

      tercapik-capik (berjalan, berlari, dsb) dgn incang-incut (spt orang yg capik kakinya), tertempang-tempang: dia berjalan ~ selepas tersepak batu itu; 

      kecapikan perihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu

capil
Jw capelin
caping I
1. penutup yg nipis (spt penutup lubang kunci dll); 2. penutup kemaluan kanak-kanak perempuan yg dibuat drpd emas atau perak (bentuknya spt daun sirih)
caping II
Jw tudung kepala, capelin
caping III

lapik buku lali (dibuat drpd upih dll yg dipakai dlm permainan sepak raga)

caping IV
~ kera sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sesudu bukit, Hoya diversifolia 
caping V

sj ikan laut, Caranx carangus

capjiki
C sj judi yg dimainkan dgn memakai undi dua belas huruf (angka)
caplak
Jk 1. kutu anjing (kucing); 2. pikat, lalat kuda (kerbau dll)
caplok

Jw; mencaplok 1. mencakup (spt mulut buaya menangkap makanan), mencengkam; 2. bp mengambil hak orang (harta, negeri, dll), merampas, merebut

capoi
~ mulut Kd bercakap lepas-lepas
capu → capa I
capuk

1. tompok(-tompok) pd sesuatu permukaan (spt pd kulit muka, kain, dll), borek; 2. = bercapuk(-capuk) mempunyai (banyak) capuk;  

      bercapuk, bercapuk-capuk mempunyai atau menampakkan (banyak) capuk (bkn kulit dll), bertanda capuk (bkn kulit, kain, dll): mukanya bercapuk-capuk akibat sesuatu penyakit kulit; beberapa helai pakaian lembap yg ditimbunkan sahaja semalaman itu ~ di beberapa tempat;  

            mencapukkan menjadikan bercapuk atau bercapuk-capuk: dia ~ kertas putih dgn cat air  
car
Kl limbah, pelimbahan
cara

1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina;  

      secara 1. dgn cara (jalan dll): ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam; ~ kasar dapat dijelaskan sebabnya; 2. sebagai, selaku: hadapilah musuhmu ~ pahlawan;  

      cara-cara 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara 

carah

Mn; bercarah sedikit-sedikit;

      mencarah 1. memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil; 2. menjual berpotong-potong;  

      mencarahkan menjual sedikit-sedikit

carak I; mencarak
1. kelihatan muncul (bkn matahari); 2. membuka dan melihat daun terup
carak II; mencarak
1. meminum air dgn mencucurkannya ke mulut; 2. memakan (menghisap) telur dr kulitnya; ~ benak mengambil untung dgn berlebihan, menghisap darah
carak III
Kl tempat yg digenangi air 
caram
1. cincin tanda; 2. cengkeram, panjar, wang pendahuluan
‹ First  < 13 14 15 16 17 >  Last ›