Ditemukan : 1433 Record
caran
Mn; bercaran bertengkar, berkelahi mulut
carang I
bahagian spt ranting yg melingkar-lingkar yg tumbuh pd batang pokok menjalar (labu, sirih, dll);
bercarang-carang mencuar-cuar, bercerancangan: ~ spt tanduk rusa;
mencarang 1. spt carang; 2. memetik sirih carang
carang II; mencarang
menjadi panas (bkn cahaya matahari)
carat → carak II
carca
Kl sj kuih (dibuat drpd pulut atau tepung gandum)
cari
1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai);
bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan;
bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat: perkara yg ~;
bercari-carian saling berusaha mencari;
mencari 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai;
~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran =~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alasan (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki;
mencari-cari 1. mencari dgn bersungguh-sungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll);
mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itam itulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya;
tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari;
carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin;
pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti;
pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah
cari gali
yg berkaitan dgn kegiatan dan usaha mencari minyak dgn menggerudi jauh ke dlm tanah atau dasar laut: katanya, nisbah penemuan dlm satu-satu usaha ~ di Malaysia adalah satu penemuan dlm enam usaha ~; borang ini mengandungi butir-butir keluaran dan ~ yg lalu;
mencari gali berusaha mencari minyak (petroleum) dgn menggerudi tempat-tempat tertentu di daratan atau di dasar laut: bagi Malaysia, kepentingan strategi ketenteraan dititikberatkan lebih drpd kepentingan ~ minyak
carik I
1. cabik, robek, sobek, koyak memanjang; 2. = carikan cabikan; 3. helai, keping: se~ kertas; sirih se~;
bercarik-carik carik di sana sini, cabik-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya;
mencarik mencabik, mengoyak;
mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak-ngoyakkan
carik II
Jw jurutulis, kerani
carik III
akar ~ puteri sj tumbuhan (pokok memanjat), akar keladi enggang, akar puding rimba, lakum laut, Vitis cinnamomea
carik IV
~ kapan sj burung hantu, Strix seloputo
caring
†; mencaring melanggar (hak)
carta
1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah;
~ ali= ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menunjukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagi-bahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk menwakili maklumat atau data
carter
bp sewa bas, kapal terbang, dll bagi tempoh, tujuan, dan orang tertentu
caruh → ceruh I & II
caruk I; mencaruk
1. menoreh pohon (utk mengambil getah, damar, dll); 2. sl mengupas kulit kayu
caruk II
1. alur; 2. ceruk, teluk kecil;
bercaruk berteluk, berceruk: pantainya yg ~; → ceruk I
caruk III
gelojoh, lahap, rakus;
mencaruk makan dgn gelojoh, melahap, merakusi
carum = caruman;
bercarum ada carumannya: biaya tua ~;
mencarum membuat bayaran atau sumbangan (kpd kumpulan wang bersama spt Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dll);
caruman 1. bayaran dr semasa ke semasa (kpd kumpulan wang bersama dll), yuran; 2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kpd Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (utk membiayai keperluan selepas bersara); ~ tetap caruman yg dibuat pd waktu-waktu tertentu (mis pd hujung setiap bulan) dan secara berterusan;
pencaruman perihal (perbuatan) mencarum;
pencarum orang yg mencarum
carut
perkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul; ~-capai = ~-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor;
bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki;
mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah;
mempercaruti memaki-maki orang dgn perkataan yg keji;
carutan (perkataan, kata-kata) yg keji dan kotor, (kata-kata) yg cabul: penyair menjauhkan kata-kata ~ yg kasar;
pencarut 1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut
|