Ditemukan : 1433 Record
cas I; mengecas
menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya;
mengecaskan menjatuhkan dgn menahan (menyepak) kaki orang
cas II
melanggar pantang (larangan)
cas III = mengecas
mengisi bateri dgn tenaga elektrik
cas IV
Kd, Pn galak dan gelitak (bkn perempuan)
cas V
Kd permainan sembunyi-sembunyi (di kalangan kanak-kanak)
cascus, cascusan
bp banyak cakap
casis
1. rangka yg menyokong badan kenderaan (mis kereta): nombor ~; 2. rangka yg padanya terletak bahagian-bahagian elektrik radio, TV, dll
cat
1. sj cecair berwarna yg disapukan pd dinding dll (utk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok); 2. sj bahan yg dicampuri cecair, digunakan dlm lukis-melukis;
~ air cat yg dicairkan dgn air; ~ alis penghitam (kening); ~ bakar Id cat yg disemburkan; ~ batik Id bahan yg digunakan utk mewarnai kain batik; ~ bibir gincu bibir; ~ minyak cat yg dicairkan dgn minyak;
bercat memakai cat, diwarnai dgn cat: sekeping papan ~ biru muda;
mengecat memberi bercat, mewarnai (permukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah;
catan lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya;
pengecatan kerja (perbuatan dll) mengecat (rumah dll);
pengecat orang yg kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dll)
catak I
Jw pikat
catak II
Kl; tercatak terduduk: dia rebah ~ sewaktu melompat tadi
catak III
Kl rendah
catan
lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya
catang I
C bekas teko (dibuat drpd rotan)
catang II
sj tumbuhan (pokok), cereh rambih, kenidai badak, Microdemis casearifolia
catas → cantas
catat; mencatat
1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (perhatian pd masa hadapan dll) seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu;
mencatatkan 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir;
tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui darihal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka;
catatan yg telah dicatat, peringatan;
~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga keterangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilangan penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyuarat;
pencatatan perihal (perbuatan dsb) mencatat(kan);
pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat
catit → catat
catu
bahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya;
bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan);
mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang;
mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit;
catuan catu;
pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu(kan), pembahagian catu
catuh
sj tumbuhan (pokok), bujang semalam bukit, temurus, Ardisia oxypylla
catuk I; mencatuk
1. mematuk (memagut) dgn muncung atau paruh: budak itu dicatuk ular; 2. mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dll) dgn hujung benda yg tajam: ~ batang getah; jangan dicatuk dgn yg tajam, cencang dgn yg majal prb menasihati orang jangan dgn perkataan yg tajam-tajam, tetapi dgn lembut dan berulang-ulang kali
|