Ditemukan : 1433 Record
catuk II
alat menyerupai tukul besi besar yg agak tajam hujungnya (utk memecahkan batu dll )
catuk III; tercatuk
duduk dgn kepala tertunduk sedikit: Puan Maryamah memandang hampir ke setiap wajah yg ~ di hadapannya
catuk IV
1. sebanyak isi senduk (tempurung); 2. sukatan beras (1/8 cupak)
catung → centung
catur I
sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur;
buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur;
bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-petak papan catur: kain ~;
mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden;
mempercaturkan ki memperlakukan siasah (ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Langka yg sedang mengalami kepupusan identiti;
caturan sulam yg berpetak-petak;
percaturan 1. tempat bermain catur: 2. perihal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia
catur II
(Sanskrit) empat (digunakan dlm kata-kata majmuk): ~ tunggal; ~ wangsa
catut I
1. penyepit (utk mencabut janggut dll); 2. pencabut paku dll, kakaktua;
mencatut mencabut dgn menggunakan catut
catut II
1. = tukang ~ = pencatut a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 2. orang yg mencari wang (keuntungan) dgn jalan haram (spt makan suap dll); 1. = tukang ~ = pencatut a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 2. orang yg mencari wang (keuntungan) dgn jalan haram (spt makan suap dll);
harga ~ harga yg lebih tinggi drpd harga rasmi, harga gelap; politik (tukang) ~ bp cara-cara atau tindak-tanduk yg bertujuan utk mencari laba dgn sebanyak-banyaknya;
mencatut 1. berniaga secara gelap, menjadi pencatut; 2. menjual sesuatu dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 3. menipu, membelit; 4. mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dll) utk mendapat keuntungan sendiri;
catutan hasil atau keuntungan yg diperoleh drpd kerja mencatut;
percatutan perihal berniaga secara gelap (tidak sah, haram dll);
pencatutan perihal (perbuatan dsb) mencatut;
pencatut tukang catut
cau I
gelaran Siam
cau II
bp pergi, beredar
cauk
caung, cawak
caul
kain ~ a) sj kain halus (asalnya dr sebuah bandar di pantai barat India); b) selendang sutera
caung
kempung atau cekung (bkn pipi) kerana tidak bergigi atau kurus, cauk, cawak
cauvinis
1. bersifat menunjukkan pendirian atau semangat yg keterlaluan (melampau) dlm memperjuangkan kepentingan kaum atau golongan tertentu: tuduhan ini biasanya kurang tepat dan tidak berasas, malah menimbulkan sikap ~ di kalangan pelbagai kaum; 2. orang yg menunjukkan cauvinisme
cauvinisme
1. sikap setia pd negara yg keterlaluan: mereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme; 2. rasa cinta yg keterlaluan kpd sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dll )
caw.
kep Cawangan
cawak I
caung, lekuk, cauk; ~ pipi lekuk di pipi (lesung pipit);
bercawak berlekuk kecil
cawak II
tali kulit yg dipasang pd leher anjing
cawan
bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar
cawang
bahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok;
cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan cawangan-cawangannya di negeri lain; 2. cawang;
pencawang stesen subsidiari tempat arus (voltan) elektrik diubah bentuk utk digunakan
|