Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 660
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 45 46 47 48 49 >  Last ›
czar
raja Rusia atau kaisar (sebelum berlaku revolusi pd tahun 1917)
cuti

1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur;  

~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, dll); ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja;  

bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~;  

percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran

cutel
Jw tamat, selesai, habis (cerita dll)
cutam

hasil pertukangan perak yg ukirannya diwarnai dgn sj benda hitam (rupanya spt jadam)

cutak
(Sunda) † daerah; kepala ~ pegawai daerah
cus
1. bunyi spt bunyi angin keluar dr tiub bola (bara api disiram air dll); 2. kata utk menyatakan sesuatu gerakan yg deras spt angin dll  
curu
Mn; mencuru buang-buang air, berak-berak cair
curik
sl pisau atau parang
curiga-mencurigai
mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; 
curiga II

1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu);  

      mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik;  

      curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu;  

      mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? 

      kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak

curiga I
sl keris
curian
barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; 
curiah
Mn suka berbual-bual, peramah
curi

 berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri;  

      curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing;  

      mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi membuat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; 

      ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandangmemandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikannya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja);  

      curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri;  

      kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai;  

      kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai;  

      pencurian perihal (perbuatan) mencuri;  

      pencuri orang yg mencuri, maling

curat

ceret, muncung (cerek dll );

      mencurat memancar dgn derasnya, memancut

curang II
jurang
curang I

tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~;  

      mencurangi menipu, membohongi, mengakali;  

    kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan

curam

terjal, cerun, sangat menurun (hampir tegak):tebing sungai itu sangat ~;  

     mencuram menjadi curam, beransur-ansur curam: benua itu ~ dr dataran pantainya hingga ke rusuk benuanya; 

     curaman permukaan (tanah dll) yg curam (spt tebing sungai dll), lerengan: dia menuruni ~ bukit itu menuju ke tasik utk mengambil air;  

     kecuraman keadaan curam, kecondongan

curai

1. tercerai, terurai, tidak bersatu (berikat); 2. jelas, terang;  

   mencuraikan 1. menguraikan, menceraikan; 2. menerangkan, menjelaskan;  

    tercurai terbuka, terurai: bungkusan itu pun ~, terlihatkan oleh Adnan isinya; 

      curaian huraian, penjelasan

curah; mencurah

1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~;  

      mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat;  

      mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajipan bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan;  

      tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; 

      curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3 ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; 

      pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan

‹ First  < 45 46 47 48 49 >  Last ›